Friday, November 8, 2013

Testimoni lagi WONDER GLOW...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai lama x bersua. Maafkan saya kerana terlalu lama tidak singgah di blog ini...Banyak testimoni yg saya 'hold' kan, kerana masa terlalu mencembuui saya... Saya tidak mahu bercakap panjang. Pasti korang pun bosan nak baca.. Hari ni nk tunjuk beberapa testimoni lagi yg terdiri dari ahli keluarga saya dan juga para pelanggan.

Untuk makluman para pembaca, keluarga saya juga telah menggunakan WG. Mereka terdiri daripada  abang, kakak, kakak ipar, adik dan juga termasuk saya... Hati ini menjadi semakin sebak.... (tiba-tiba)
Sebenarnya..... saya telah hilang salah seorang dari ahli keluarga saya yg banyak menyokong saya serta juga menggunakan WG. Iaitu... adik saya....... Perasaan di hati ini hanya Allah yg tahu, dia lah antara orang terawal yg menggunakan wg sebagai tanda sokongan dan juga untuk merawat masalah jerawat teruk di mukanya. Beliau telah pulang ke rahmatullah pada 3.8.2013, 5 hari sebelum menjelang Syawal. Sudah janji anak adam itu hanya di pinjam kan sementara. Tiba masanya pulang lah ia kepada pencipta... Al-Fatihah...

Caption SEKARANG di dalam gambar membawa maksud sebulan setengah.
Ini lah dia satu2 nya adik saya. Beliau mempunyai masalah jerawat teruk sebelum ini. Beliau sempat menggunakan WG selama 1bulan setengah. Namun kesannya sangat memberangsangkan. Sewaktu jenazah dikafankan ramai saudara2 terdekat tidak percaya wajah arwah berubah 90%. Tiada lagi jerawat teruk di mukanya. Ada seorang kakak saudara berkata "Kak lang, ada tengok gambar arwah di FB awak, ingatkan awak edit. Tak sangka wajahnya berubah, tak ada lagi jerawat teruk." 

Bagi mereka yg mengenali arwah, pastinya mereka juga akan perasan perubahan wajah arwah. Sebelum ini sudah bermacam2 cara saya cuba untuk ubati jerawat teruk dimukanya. Alhamdulillah arwah sempat menggunakan wg dan perubahannya saya jadikan testimoni... Terima kasih adik... #throwback... Arwah meninggal di sebabkan kemalangan jalan raya. Sewaktu saya buka beg yg dibawa arwah, di dalamnya terdapat krim WG. :'(

Caption SEKARANG pada gambar membawa maksud 2 bulan. Ini pula merupakan abang saya. Menghadapi masalah jerawat, kulit muka tidak sekata, juga mempunyai lekuk2 lebar akibat bekas jerawat. Hanya dengan menggunakan WG Silver. Masalah selesai.

Kakak ipar saya yg tidak ketinggalan menggunakan WG. Juga menggunakan wg silver pada peringkat permulaan dan sekarang sudah cuba menggunakan Gold series. :)

Ni mesti korang pernah tengok kan. Masa ni saya baru seminggu guna wg. Ramai dah yg tegur.. :) Nak tunjuk yg sekarang (6 bulan) dengan wg....

Jeng...jeng...... 6bulan dah 0ct 2013. Alhamdulillah, happy sangat mak!!! Mesti korang nak tahu saya guna apa kan? Ni  mak nak kasi list..
1)WG Silver
2)Serum Gold Vit C WG.
3)WG HD cream
4) Saya minum Ephyra!!! 
5)Emilay whitening.
Hasil yg baik kan! Siapa berminat nak dapatkan  semua item di atas boleh contact saya 012-3166109. Siapa yg beli WG dengan saya, saya akan guide u all sehingga dapat kesan yg bagus, dengan izin Allah juga. :)


Ini Cik Linda, kawan sekolah rendah, sebelum wg, muka masalah jerawat teruk. Sekarang licin sangat....

Ni pula kawan sekolah menengah, pun ada masalah jerawat. Dengan wg, masalah muka beransur pulih.

Ni salah seorang regular customer. Suka sangat dengan perubahan WG. oke itu sahaja....

Yang berminat nak dapatkan WG, boleh hubungi saya 012-3166109. Jemput LIKE fb kami.

Info tambahan: Dulu ada update harga HD cream RM65, itu yg saiz kecik ye. Sekarang dah tak ada lagi, semua saiz besar harga RM75. Tq. Jumpa lagi.








Sunday, July 14, 2013

asrich wonder glow page! jom like....

Assalamualaikum dan salam ramadhan 1434h.  Buat semua pengunjung blog, saya nak memaklumkan kepada semua. Bahawa dengan rasminya saya telah membuat page di fb. Saya percaya ramai yg ada fb kan? Banyak maklumat yg boleh diperoleh dari blog tersebut. Sekiranya mahu bertanya mengenai wg, anda juga boleh meninggalkan pertanyaan di inbox mahu pun wall page tersebut.

Search sahaja Asrich wonder glow. Pasti keluar page tersebut. Mohon maaf sekiranya tidak dapat menggapprove kalian di personal fb saya. Hal ini kerana permintaan rakan sudah capai ke tahap maksimum.

Ini lah page saya.selamat datang, dan selamat memperoleh pe
bagai informasi di ruangan ini. :)
sila klik LINK di sini untuk page saya https://www.facebook.com/asrichwonderglow

Thursday, July 4, 2013

testimoni lagi... part 4. juga sumbangan bersempena ramadhan.

Salam penghulu segala hari buat semua pengunjung. Alhamdulillah,  untuk hari ini saya akan update beberapa lagi testimoni dari customer saya. Tapi, sebelum tu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semu kerana menjadikan blog saya berada di rangking teratas apabila di google.

Yang atas tu fb saya, dan dibawah tu carian google untuk wonder glow atau testimoni wonder glow.  Alhamdulillah.. 

Bersempena menyambut ramadhan yg bakal tiba lagi beberapa hari, saya ingin membuat pengunguman. Bahawa, setiap pembelian WG bermula 8/7/2013, sebanyak Rm2 akan disumbangkan pada masjid kariah berdekatan tempat saya. Ini akan berlangsung sepanjang ramadhan untuk memeriahkan lagi ramadhan tahun ini. :)

Baik lah, jom kita tengok testimoni kali ni.

Kalau anda perasan, sebelum ini saya ada post testimoni yg bernama sis nisha omar. Inilah orangnya, beliau mempunyai masalah jeragat dan kulit kusam. Namun, kini tidak lagi. Gambar ini dikirim sendiri oleh beliau. Hanya dengan menggunakan wg silver series sahaja, kesannya sangat terbaik!

Ini pula sis rusyidah yaacob. Juga saya pernah mengupdate testimoni beliau sebelum ini. Beliau mempunyai masalah kulit kusam. Dan beliau menggunakan wg gold series. Tengok tu, ada yg puji lagi. :)

Ini pula kawan sekolah rendah saya, beliau mempunyai masalah jerawat dan jeragat. Ini testimoni semasa hampir 2 minggu menggunakan wg.  Dan di bawah ni testimoni beliau selepas hampir 3 minggu menggunakan wg silver series. 
Tengok ni, si suami bukan main suka. Dan sekarang sudah terjebak menggunakan wg.  Sama2 kita tunggu resultnya ye. Wg sesuai untuk lelaki dqn perempuan. Tiada halangan untuk menggunakannya.

Ini sahabat saya dari jb. Pada mulanya saya ingatkan beliau yg menggunakan wg. Rupanya, kawan beliau. Lihatlah respon nya ni.. beliau menggunakan wg silver series.  Dari jauh dah nampak glowing taw, kesannya seawal seminggu.

Ini pula sis zuhainah, merupakan senior sekolah saya. Ini respon 2 hari apabila menggunakan wg.  Beliau mempunyai masalah kulit berminyak. Sis zuhainah, menggunakan wg silver series. 

Itu sahaja testimoni untuk kali ini. Dan dibawah ini testimoni wg magicstick yg berfungsi memberi kelembapan berpanjangan pada bibir anda. Berbeza dari lip ice biasa. 

Wg magicstik hanya rm10 sahaja.

okay, ini sahaja untuk kali ni. Jemput lihat post saya sebelum ini ye. Untuk lebih lanjut boleh wassap atau sms di 0123166109. Atau LIKE  fb sy https://www.facebook.com/asrichwonderglow








Sunday, June 16, 2013

Testimoni Wonder Glow lagi part 3...

Hai assalamualaikum dan selamat bersua lagi.

Hari ni nak show testimoni lagi. Ya allah banyak sangat testimoni. Tapi tak sempat la nak upload semua. Untuk korang yg nak tahu dengan segera tentang wonder glow produk yg best gila ni boleh la add saya kt fb ye. Kat tepi blog ni ada paparan fb saya. ok.. back on track...

nak testimoni lagi??? untuk entri kali ni tak nak merapu panjang-panjang.. Just nak show testimoni dan bagi sikit info serta makluman kt pengunjung blog ni.

Sis Zana sudah 2 minggu mencuba wonder glow. Alhamdulilllah perubahan dapat di rasakan..


ini sis nisha yg merupakan kenalan saya Sis Nisha . Sudah seminggu mencuba wonder glow silver series. Kulit beliau nampak licin dan sekata. 

ini pula merupakan kenalan saya masa di plkn dulu.Najihah a.k.a Che pah. Baru 3 hari pakai wonder glow. Dah nampak perubahannya. Ternyata wg memberi kesan yg terbaik.

Ini pula dari best friend forever saya. Siti Nur Ain. Beliau dah pakai 2 set wg. Mengikut ceritanya, kakak beliau tumpang sekali pakai wg. Saja-saja nak try. Lepas tengok kesannya, diorang pengaruh ibu nya pula.. Wowww.. Dapat kol dari dia suruh datang rumah hantar wg untuk mamanya. Sekarang ni cik Salmah pun ah cuba taw! Tu testimoni dari kakk beliau..

Atas permintaan, nama beliau saya hide. Malu katanya. Ini customer online di fb saya. Dah seminggu guna wonder glow. Jerawat dah kecut. Baru seminggu kan. Parut jerawat biasanya mengambil masa 2-4 minggu untuk hilang.. Teruskan pakai.. Dan lihata kesannya. hehehe

Ini juga customer online saya. Dia beli wg sama hari dengan customer atas ni. Tempoh diorg guna pun sama. Baru seminggu. Tapi tengok lah kesannya. Alhamdulillah lah kan. Saya juga tumpang gembira..

Cik Aien Fiona ini pengguna wg. Tapi dia tak ambil dengan saya masa mula-mula. Tapi beliau pm saya nak beli dengan saya lepas ni. Mengikut perkiraanya, sudah 2 bulan beliau memakai wg. Dan dia memang happy sangat bila pakai wg ni. :)

Untuk ppengetahuan korang, semua testimoni ni melalui saya sendiri ya. Tiada copy & paste. Testimoni dari fb, bbm, whatsapp dan handphone saya sendiri..

ok... cukup setakat ini testimoni untuk kali ni. 


Dapatkan Set basic WG SILVER SERIES hanya RM99.90

1 set mengandungi sabun pencuci, krim malam dan siang.

Sabun wg cepat habis??? Anda boleh mendapatkannya secara 'loose'. Terdapat 2 jenis sabun WG. Macam yg sedia ada dalam set iaitu sabun bar. Dan ada lagi 1 jenis liquid. Harga bagi barang ini ialah:

bar soap: RM25

Liquid soap: RM50

Terdapat juga:

SERUM GOLD vitamin C: RM65
1) Serum Gold vitamin C, yg berfungsi untuk memberi extra brightness. 

HD CREAM: RM65
2) Krim HD, berfungsi melindungi kulit dari sinaran matahari.

WG SHINE: RM150
3) Wg Shine, ni merupakan produk minuman. Memberi pencerahan pada anggota badan dan memberi shinning pada rambut anda.

 MAGIC STICK: RM10
4) Magic stick, yang berfungsi melembabkan bibir anda.Memang best sangat MS ni sebab kelembapan yg smooth buat kita rasa selesa gila!

Postage RM6 tidak melebihi 600gm.

Jika berminat boleh terus contact or whatsapp sy di no: 012-3166109
atau boleh direct di page fb saya https://www.facebook.com/asrichwonderglow
Selamat mencuba. :)

Friday, May 24, 2013

Testimoni Wonder Glow lagi part 2!!! Terbaik!!!

Hai semua!! Selamat malam... Yey, menurut catatan graf, entri tentang wonder glow mendapat sambutan yg hangat daripada pelawat. Terima kasih semua.!!! Korang saya minta maaf ye mana yg terlewat saya reply comment kalian di sini haritu. Boleh terlupa pulak nk sign in blogger. Selalu sign fb je kan. Tak pe lepasni tak buat lagi! :) Mana yg ingin respon saya lebih cepat boleh direct LIKE page fb saya https://www.facebook.com/asrichwonderglow.. Kat situ memang 24hours saya on. :)

ok la, ni nak share tentang testimoni WG. Sedar x sedar dah 2 bulan saya menjual produk ni. Sambutan yg sangat baik daripada customer saya. I love u my customer..

Testimoni 1..

Ini namanya k.Norafizah. Dalam fb saya ada tag namanya.. Beliau mendapatkan wg untuk rakannya. Selepas 2 minggu, K. Norafizah memaklumkan kepada saya keterujaan kawannya. Alhamdulillah lega hati saya.. K.Fiza yg belum mencuba pun juga turut teruja.. Heeheee...

Testimoni 2..
Ini pula sis Rusyidah, merupakan customer saya di Jelebu. Siapa sangka wajah yg kusam dulu bertukar menjadi glowing? Aduhh, manisnya wajahmu kakak.. Saya ada minta beliau memberikan gambar, tapi katanya dia malu...Hehe.. Tak pe lah kakk, yg penting awak dah pun rasa kesannya kan.. 

Testimoni 3...
Ini Cik Puan Samaniah, juga telah merasa kesannya. Semakin putih dan parut semakin pudar.. oooo yyeaaah! Ni baru sebulan pakai dah pudar parut, lagi sebulan hilang terus. InsyaAllah.. Pembetulan harga sabun bukan RM35, tetapi RM25

Testimoni 4...
Ini pula Sis Alya. Sekarang muka da cantik cun sangat-sangat.. Mak pun jeles oiiii! Untuk pengetahuan u alls, sis alya ni pakai wg untuk rawatan luaran, dan beliau juga makan Maixara C Sential! Fuh memang mantoppp la!!! Untuk anda yg ingin mendapatkan maixara juga boleh contact direct dengan saya ya!!! :)

Alhamdulillah, ini semua testimoni dari customer saya sendiri, xde copy paste ye. Saya ada tag nama mereka di FB. Gembira rasanya dapat buat orang lain bahagia dan gembira. Mereka semua ini lebih yakin dengan wg! NO MAKE UP okay!!! :) 

Ada juga testimoni yg diorang call atau cakap depan-depan. Tapi saya xda bukti nanti orang cakap saya ni buat-buat cerita. So, sebab tu la saya ambil testimoni yg ada bukti je.. Korang tak perlu risau, kandungan bahan WG ni tidak menggunakan bahan merbahaya. Semuanya selamat digunakan. :)

Opss, sebelum terlupa sekarang ni saya pun ada menjual maixara C Sential. Harga yang ni RM99.90 sehingga hujang Mei ini. Dan bermula bulan Jun harga naik pada RM109. Free postage ye pada kedua-dua harga ni.. Mari-mari borong sekarang! :) boleh contact kt fb https://www.facebook.com/asrichwonderglow or wassap di 012-3166109




Monday, April 8, 2013

Wonder Glow memang best! Testimoni part 1



Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Ya Allah, lamanya saya tidak menjenguk atau bersinggah diteratakmaya ini.. Sudah 4 bulan melangkah ke tahun baru, ini lah post pertama saya untuk tahun ini. Jika dahulu mungkin tiada masa untuk berlama-lamaan dihadapan robot maya ini..

Harini saya terasa nak kongsi sesuatu bersama kalian. Lihat sahaja tajuk post ini sudah tentu ramai yang tahu apa yang saya cuba kongsikan.. Saya mulakan perkongsian ini dengan mengimbau beberapa bulan yang lalu.

Bulan 11 tahun lalu saya mencuba produk muka yang berjenama. Akibat terpengaruh dek kawan sekerja, saya mencuba set ini. Selepas 3 bulan mula kelihatan kulit muka semakin putih. Bagi mereka yang biasa melihat saya, mereka kata saya sudah sememangnya putih. Walaupun saya tidak mempunyai masalah kulit muka, namun saya memakai produk ini untuk terus menjaga kulit. Biasalah mana-mana perempuan pun akan menjaga aset mereka.. Lama kelamaan saya mula perasan ada bintik-bintik hitam halus menyerang muka. Dalam hati sememang sudah risau. Saya tetap pakai produk tersebut hingga habis 1 set.

 Nak di jadikan cerita, satu hari saya bertemu dengan kenalan saya yang namanya Alya. Agak terkejut dengan perubahan mukanya. Jika sebelum ini, masalah bekas jerawat kelihatan diwajahnya, kini wajah Alya licin berseri, terus saya tanyakan kepadanya. Apa rahsianya ya? Dia memaklumkan kepada saya dia hanya menggunakan Wonder Glow set. Wahhh! Terujanya saya..

Ini lah Cik Alya, kenalan saya.. Lihatkan perbezaannya.. :)

Saya pun mula membeli Wonder Glow set.. Sudah 2 minggu saya mendapat Wonder Glow set. Hati semakin berdebar-debar mahu mencuba atau tidak. Atau terus menggunakan produk sebelum ini sahaja.
Fikir punya fikir, cuba sahajalah.. Kalau x cuba rugi sebab dah belikan. so, saya pun beranikan diri mencuba. Selepas 5 hari mencuba, saya menghadiri majlis perkahwinan. Di sana lah punca saya perasan akan perubahan WG. Hal ni disebabkan, ada beberapa orang yang bertanya apa kosmetik yang saya guna, sebab tanpa makeup pun nampak kulit berseri-seri..Tu kata mereka la ye, saya tidak menokok tambah..

Balik dari majlis, saya pun terus mengambil cermin besar sambil membelek-belek kulit muka. Ya Allah, serius teruja sebab bintik-bintik hitam kesan dari produk sebelum ini telah hilang. Sukanya.. Kata orang kalau ada ilmu jangan kedekut untuk dikongsikan, kata saya kalau nak cantik, jangan cantik sorang-sorang. Heeehe.. Lanjutan kes ini lah yang membuatkan saya berani untuk menjual produk WG.
opss, terlupa nak bagitahu, WG ni tak memedihkan kulit dan tiada pengelupasan ye.Memang terbaik! :)

Ini pula saya! heee.. Lihatkan perbezaannya. Wonder Glow memang best. Saya akan setia bersama WG.


 
Ini pula testimoni dari Aktif Rich Shoppe

"Gambar anak buah Datuk SS (konsultan WG) : dia dtg nak beli sabun jer td,sy pun terperanjat,sebelum ni,dia pi jumpa doktor pun takley selesai,apalagi sy soh pakai wonderglow! mmg menakjubkan! licin berseri lak tuu..,cukup bln dia kata nak amik basic gold,oklerrtuu..Terbaikk...."




Jom kita tengok kenapa harus memilih WG???

1. Krim WG mampu menghapuskan pigmentasi, tompok hitam, jerawat dan juga kedutan dengan pantas dan selamat.

2. Wajah gelap dan kusam akan menjadi cerah berseri


3. Krim ini juga dapat memberi kesan kecerahan Ultra paling pantas iaitu seawal 3 hari.


4. Krim ini juga mengandungi agen pemutihan yang selamat seperti Super Glutathione, Vitamin C Infusions serta Sarang Burung Walet. TANPA PENGELUPASAN!


5. TIDAK mengandungi sebarang hydroquinone, atau sebarang peluntur, merkuri dan juga paraben.


6. Dengan WG anda bebas dari sebarang makeup. Keaslian kulit dengan WG meyakinkan anda tanpa makeup. :)


7. WG  juga SELAMAT & HALAL digunakan.



Wonder Glow ni juga ada macam-macam set.


1. Wonder Glow Silver set RM99.90 


2. Wonder Glow Gold set RM120


3. Sabun cecair RM50


4. Magic lipstick RM10


Serum dan lain-lain boleh di request.. Harga diatas tidak termasuk kos penghantaran.

RM6 untuk kos penghantaran. Kepada sesiapa yang berminat boleh pm saya di page fb saya https://www.facebook.com/asrichwonderglow

Sekia terima kasih... Jumpa lagi... :)

Wednesday, October 17, 2012

Sekian lama...

salam sayang dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang berkunjung. Terlalu lama rasanya blog ini tidak bernyawa.. Sudah cukup 7 bulan blog ini diam tanpa khabar berita.. Hari ini, jari jemariku ingin menari diatas papan kekunci. Sekian lama aku menghilang, semakin banyak cerita yang aku kumpul untuk diabadikan..
Bukan niat dihati untuk tidak lagi meneruskan pengembaraanku di blog ini. Cuma saya kekurangan masa. Ya, masa yang ada saya cuba untuk manfaatkan sehabis baik.. :)

Sedar atau tidak sudah hampir setahun aku bergelar seorang pekerja. Bekerja di Pearl Haya Gallery, memang banyak cabaran dan pengalaman. Namun, aku tetap gembira berada disana. Ramai staff yang awal ku kenal seorang anak dara, kini sudah bergelar isteri orang. Tahniah buat mereka, namun hati terasa sayu apabila mereka sudah meningglakan kami. Ya, masing2 sudah bersuami. Pasti mereka mengikut ke mana sahaja langkah si suami. Namun aku berharap mereka tidak akan pernah melupakan kami. Yang teristimewa Ika & k.amoy.. :)

Hari demi hari, waktu terus berputar... Aku banyak mengikuti 'event-event' penting PH. Event pertama yang pernah aku ikuti, MADNESS, diikuti Expo Barangan Malaysia, MAHA N9 dan yang terbaru Halal Fest..
Sungguh aku terpaku mengikuti event tersebut. Keseronokan yang aku alami membuatkan aku berasa senang untuk melakukan setiap pekerjaanku. :) Akan kukumpul semua ini menjadi memori....


MADNESS.

si pengacara..

Roses theme

Expo Barangan Malaysia, Jun 2012



Halal Fest, Oct 2012

Semenjak bekerja di PH sudah beberapa kali aku berjumpa dengan Ana Raffali. Siapa yang tidak kenal akan Ana Raffali? Juara Anugerah Lagu beberapa tahun lalu.. Selama ini aku hanya mengenali beliau melalui media sahaja. Sikapnya yang peramah membuatkan setiap orang yang menemuinya akan berasa sangat terpana kegembiraan. Beliau merupakan seorang yang peramah, senyuman dibibirnya tidak pernah putus, Tidak salah kiranya jika saya katakan Ana Raffali adalah orang yang pantas menjadi duta Pearl Haya. :)
Jika para pembaca ingin menemuinya jangan lupa ya ikuti ke mana sahaja PH berada.

memori Expo barangan malaysia Jun 2012, PWTC

thanx to sis Ana

Bertemu kembali di Halal Fest

again ya sis ana..

...................................

Bulan 5 yang lalu, abangku & kakak iparku selamat menerima seorang bayi lelaki yang comel. Bayi tersebut merupakan cucu lelaki kedua ibu dan ayahku. Muhammad Al-Ameen nama diberi, semoga keperibadiannya yang mulia akan terus menyinari hari-hari bakal anak soleh itu. Sungguh aku teruja, aku memang sukakan kanak2. Kanak-kanak yang suci umpama kain putih boleh menyejukkan hati setiap insan. Menurut uda, iaitu abangku. Beliau dan Ameen akan menetap di rumah kami di Seremban. Hal ini disebabkan kakak ipar ku masih belum mendapat pindah dari Sabah. Aku menyambut berita ini dengan tangan terbuka, Ameen bakal bersama kami. Namun, jauh disudut kecil hati ni, aku kasihankan k.su. Ya, semoga Allah permudahkan urusan pindah k.su ke Semenanjung.



Hari-hari ku dipenuhi dengan keletah si kecil. Kini Ameen sudah 5 bulan lebih. Si kecil ini juga sudah kenal orang. Gelagatnya yang comel membuatkan kami sekeluarga berasa sangat gembira. Setiap malam Ameen tidur bersama ku. Setiap malam juga beliau akan jaga pada pukul 2 dan 5 pagi meminta susu.. Si kecil ini anak yang baik, walaupun ibunya berjauhan namun Ameen tidak pernah melupakannya. K.su sering balik 2 minggu sekali untuk bertemu permata hati kesayangannya. Sungguh kuat ibumu Ameen, menahan saratnya rindu padamu. InsyaAllah bersama kita doakan mama Ameen cepat dapat pindah ya.

Rasanya cukup setakat ini coretanku. InsyaAllah, jika punya masa dan kelapangan pasti aku akan meneruskan pengembaraan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca sinar malam, yang tidak jemu bertanyakan entri baru dan yang setia mengikuti jelajah teratak ini. Salam bertemu lagi... Ku tinggalkan bersama beberapa keping gambar untuk tatapan kalian. lagu baru ini juga ku update buat semua..:)

si kecil yang baru melihat dunia

3 bulan dah si kecil. semakin bam..bam

bersama wan tersayang. kini Ameen sudah 4 bulan..

Yey.. Saya dah 5 bulan..

Saya sihat & kuat. :)