Friday, December 16, 2011

Cuti-cutiku...Part II

Salam pertemuan..Hari ni tak nak panjang cerita, nak sambung terus cuti-cutiku Part II. Selagi tak habis, selagi tu lah tak dapat nak buat entri pasal lain. Hihihi..

 Melihat Masjid Kristal, Terengganu. Suatu ketika dahulu pembinaan masjid ini pernah menjadi kontroversi. Sehingga sekarang, cukup kami kesalkan apabila terdapat larangan menunaikan solat Jumaat di sini. Bukan kah itu tanda-tanda akhir zaman? Masjid dibina sebagai perhiasan. Ya Allah, ampunilah kami dari sebarang kecelakaan dan dimurkai oleh-Mu.

Itu lah saya, orangnya kecil & rendah je. Tak ada yang special pun tentang saya, melainkan suka berkawan. Cuma saya pinta, jika saya sudah memaafkan anda dengan ikhlas, dan anda menyakiti hati kecil milik pencipta ini, lebih baik jauhkan diri anda dari saya. Sebab saya tak suka berkawan dengan orang macam tu. Berkawan x ikhlas itu bukan sifat saya. Apabila, saya mula bersahabat, bermakna saya sudah serahkan kasih dan sayang serorang sahabat kepada anda. Harap anda faham. 


Ini lah gambar menunjukkan banjir tatkala kami menuju ke Kelantan...Setiap kejadian itu diaturkan pencipta, DIA lebih mengetahui mengapa adanya banjir dikawasan-kawasan tertentu. Kita sebagai manusia perlu mencari hikmah yan tersembunyi dan bukannya mengeluh apabila diuji.

Ini keluarga abang ipar di Kelantan. Secara jujur dan ikhlas, saya sukakan layanan orang Klate! Mereka melayani sebaik yang boleh. Sebab tu sampai sekarang, saya tak pernah lupakan kenangan bersama mereka. Buat  ore-ore Klate, kawe rindu demo slalu deh. Mek Lin rajin ngat tepo ore. Hari-hari kawe tunggu demo kol. ;) Jangan salah faham k! Mek Lin itu umurnya baru nak masuk 12 tahun. Kami baik sangat, petang-petang kami selalu main badminton bersama. Tak lupa juga Apit,Syawal & Nije. Semua ni masih bersekolah. Kak Siah doakan, kalian berjaya menggapai cita-cita. Love u alls..Ada masa kito jumpo lagi deh.


Melalut kat atas tu, sampai terlupa nak inform tentang gambar ni. Ni masa kami masuk ke Thailand, tanpa menggunakan pasport. Masuk shopping kejap je. Tapi kena naik perahu lah juga. Suka sangat shopping kat sini!

Ini lah pekan Munok@Mundok. Pemandangan dari atas perahu.

Haaa! Sila lah tengok-tengok..Heeee.

Nama tempat yang kitaorang duk shopping ni.

Ha ni gambar masa balik. Tengok la tu, borong sakan. Huhu!!!

Cukup dah jalan-jalankan. Dari Seremban ke JB. JB ke Terengganu. Terengganu ke Kelantan. Kelantan ke Thailand. Sekarang ni, gambar menunjukkan kami akan kembali ke JB sebelum pulang ke Negeri Sembilan. :)


Tengok la tu, muka orang teruja main air. Gadis di atas sangat sukakan pantai. 

Oke, percutian kami cukup sampai di sini. Ini percutian bersama keluarga. Akan bersambung percutian bersama teman-teman setelah kembalinya saya ke kediaman. Nak update sekali rasa macam panjang. So, tunggu cuti-cutiku part 3. Hihi..

No comments: