Friday, January 13, 2012

tahun baru..kehidupan baru..

Salam tahun baru warga dunia. Meskipun sudah terlepas 13 hari, namun masih disaat-saat awal lagi untuk saya mengucapkan salam tahun baru masihi...

Meskipun blog ni baru kembali dibuka, namun ada yang bertanyakan ke manakah hilangnya blog ini sebulan yang lalu.. Blog ni telah pergi mencuci saki baki virus yang berada didalam diri tuan empunya blog. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit virus telah dimusnahkan oleh antivirus yang bersesuaian.

Oppps,, sudah tahun barukan? Bermakna sudah hampir sebulan juga saya bekerja di Pearl Haya Gallery. Wah!!! Menceritakan betapa seronok dan gembiranya hati bekerja disana.. Bagaikan bulan jatuh ke riba. Meskipun ramai yang mengimpikan bekerja disana, namun siapa sangka saya insan terpilih.. Hihihi..

Pear Haya Gallery dimiliki oleh 3 orang usahawan cemerlang dan gemilang.. Iaitu Puan Suryati, Puan Zeti, dan Puan Azlin.. Puan Suryati juga pemilik butik Saraya Zahret di Damansara. Ketiga-tiga bos ni sangat lah cantik dan baik orangnya. ..Sangat lah peramah bersama pekerja. Itu yang saya suka, pendek kata tiada jurang antara majikan dan pekerja. Hari-hari saya dibutik sangatlah teruja. Teruja melihat koleksi Pearl Haya, yang sering datang dengan design yang sangatlah menarik..

Dari kiri, Puan Zeti, Puan Suryati dan Puan Azlin.

Ops, sebelum itu terlupa saya juga mempunyai 2 orang manager yang sangat prihatin dan baik hati. Iaitu En. Jo dan En. Emi. Terbaiklah dua orang manager ni. Masa garang kami semua tunduk, masa  melawak kami gelak pecah perot. Weehee..

Saya juga nak memperkenalkan kepada kalian bahawa Pearl Haya Gallery mempunyai cawangan di Shah Alam. Dan di Senawang adalah sebagai pusat utama. PHG juga berasal dari pemilik-pemilk Negeri Sembilan.. Kepada yang berminat boleh la melawat web site kami di http://pearlhaya.com/zen/ (Feel it.Wear it. Love it)
Memang terbaik!!!

Orite, done story about bos and manager. So, sekarang nak buka cerita tentang Kak Elsa. Model PHG. Pertama kali tengok Kak Elsa, ingatkan masih bujang. Rupanya dah ada anak. Ooo Kak Elsa sangat cantik! Biarpun tanpa secalit bedak dikulit. Wow!!! Subhanallah. Kak Elsa sangat lah peramah orangnya. Selalu juga dia ke butik. Seronoknya dapat tengok Kak Elsa dari dekat... Tak puas pandang. Hihihi.. Biarpun orangnya kecik molek. Namun tetap comel dan cantik!

Ni salah satu gambar Kak Elsa. Kalau nak tengok lagi, tengok lah dalam website. Untuk tahun baru ni Kak Elsa dah tak nak terima tawaran dalam majalah-majalah. Cukup hanya untuk PHG. Ooo Kak Elsa yang baik dan peramah buat semua orang suka. :)

Hohoho... Hari tu 3 orang big boss ni ada photoshoot untuk majalah karangkraf. Tiba-tiba phtographer minta staff sekali bergambar sama.. Kelang kabut masing-masing... Btw, enjoy kerja dengan bos yang sporting macam ni.. Akhir kata, saya sayangkan PHG. :)

p/s: siapa-siapa yang ada FB tu boleh la LIKE Pearl Haya Gallery.. Daaaaaa..

No comments: