Tuesday, March 27, 2012

heeehe.

hye semua.. selamat malam. Alahmdulillah, dah lama nak pdate blog. Tapi asyik tak sempat je. So, time free ni akan saya gunakan sebaiknya. Ada lebih kurang 3 bulan blog ini tidak terisi dengan entri baru. Semenjak bekerja, memang saya sudah berenggang dengan PC. Hanya hari-hari tertentu PC digunakan.

Diam x diam rupanya sudah genap 3 bulan saya menjadi Staff Pearl Haya Gallery. Saya sudah mula serasi dengan teman-teman. Hari bekerja akan menceriakan lagi kehidupan kami. Kami ibarat adik beradik. Semakin hari semakin rapat. Pernah mereka katakan pada saya, jika saya bercuti pasti tiada kedengaran suara girang milik saya, dan sunyilah butik PHG. heheh. Itu alasan mahukan saya bekerja...

Opss.. kami staff butik sudah mencipta nama baru. Semuanya bermula dariku, menginginkan memanggil nama baru buat semua staff di butik.. Maka terciptalah nama kampung. Hehehe.. Antara nama-nama yang kami pilih adalah, Odah,Peah,Kiah,Joyah, Temah,Melah, Enon & Eton. Lengkap kan 8 orang. Nama baru ini sengaja kami cipta untuk menambahkan keceriaan suasana butik. Pasti ada yang gelak berdekah-dekah ketika melaungkan nama panggilan tersebut.


umm, Minggu yang lalu kami staff PHG ke Shah Alam bagi menghadiri mesyuarat bulanan. Buat kali pertama ke butik Shah Alam, kami sempat berkenalan bersama staff butik PHG S.Alam. Kecik2 molek je diaorang kat sana.hehhe.. 

Hari demi hari, saya sangat selesa menjadi seorang staff Pearl Haya. Kalau selama ni, Pearl Haya terkenal dengan tudungnya, kali ni mungkin akan dikenali dengan bajunya sekali! waaah! nice kan, PHG dah ada baju.
Btw, saya bersyukur sangat dengan apa yang saya ada pada hari ini. Kubersyukur kehadrat mu Illahi kerana meminjamkankun nikmat yang tinggi nilainya ini.

Cukup setakat ini, entri terbaru saya.. InsyaAllah bersua nanti. :)




No comments: