Wednesday, December 21, 2011

Gadis, Si Pemandu.

Gambar semata-mata..

Assalamualaikum, dan salam sejahtera. (Dah macam bagi ucapan atas pentas pulak  dah). Hari ni, saya agak kebosanan. Bosan sebab semua kawan-kawan dah balik poly. Adesss.. Tingga la den sorang..

Daripada pagi tadi bangun subuh, ingat nak landing kejap. Tapi tetiba, omak den muncul kek muko pintu tu ha...

Koba ea, "Asiah! Hari ni hantar omak poie kojo. Ayah ko,suruh ko pulak hantar". Ni mesti kes sebab saya dah bercuti lama, so si Ayah (bapa saudara tersayang) ni mesti ada plan nak tidur sampai pukul 9/10 ni. Hadui..
Tak pe lah, hantarkan je omak den. 

Ni la bapa saudara kita yang kita panggil ayah, dia sayangkan kita macam arwah ayah..

Sebelum keluar tu kena dengar syarahan si ayah dulu. Ni yang tak tahan ni, tapi Asiah kan penyabar orangnya. Yeke? HAHA..

Syarahan si Ayah: "Bawa kereta elok-elok, ayah baru tukar tayar depan kereta. Tayar sebelum ni habis licin  terutama bahagian tepi. Haaa!! Ni sebab kau suka korner terlampau.. Kau korner semacam je, macam brek kereta tak ada.. Tayar kereta tu paling kurang boleh pakai 2 tahun.. Ni tidak.. Ingat tu.. Jangan nak korner semacam lagi..Faham x??? " 

Erkk... Terpaku saya.. Masuk ni ada lebih kurang 4/5 kali ayah ulang-ulang benda yang sama, semenjak hari isnin dia tukar tayar haritu.. Arghhh.. 

Saya terpaku bukan bermakna saya x fikir apa yang ayah cakap. Saya fikir.. Untuk tu lepas ni, setiap kali nak membelok haruslah saya perlahankan kereta.. Lagi pun saya faham niat ayah, dia yang mengeluarkan duit mestilah dia sayang dan jaga tayar tu. I

Kalau sebelum keluar dengar syarahan ayah, dalam kereta dengar syarahan si omak.

Ni la mak saudara kita, yang kita duk panggil omak. Sangat carring orangnya.

Koba ea.. " Ekau ni kalau bawa keto tak ghoti nak duduk lane kiri. Jangan sodap nak laju yo, nyawo ko tu satu. Kok hilang mano nak carik ganti?'.

Haiissh, mak buatkan saya tersedu, saya tahu mak sayangkan saya. Tapi, paling tak sukanya nak duduk lane kiri tu sebab.. Kang lori la.. tak ke sangat perlahan? Kawasan rumah saya ke Seremban  sangat terkenal dengan kawasan perindustrian TTJ. Mak, mak jangan risau. Saya sentiasa ingat pesan mak. Walaupun mak selalu cakap saya bawa kereta macam-macam, tapi saya cukup patuh dan prihatin. Saya tak langgar lampu isyarat, saya sentiasa bagi signal bila nak tuka lane. Dan sebagainya.. Terselit rasa disayangi. Semua orang ambil berat tentang saya. Saya sayang sangat kat mak!!!

Ni lah satu-satunya adik saya. Sangat baik dan pandai berdikari orangnya. Semalam dia hadiahkan gelang tangan berukir nama saya, bersempena gaji yang beliau terima hasil usahanya.. Thanx adik..

Ni kisah si adik. 

Malam tadi masa omak kito suruh pergi kedai, kita minta adik temankan.. Masuk je perut kereta, adik cakap.. "Kenapa kau suka tak pakai air cond?". 

Korang nak tahu kenapa???

Sebabnya... Pertama-tamanya, kereta ayah tu kereta auto.. Yang keduanya, ni pendapat saya lah.. Bila pasang air cond saya rasa gear tu macam berat, lain lah kalau kereta manual yang kita sendiri kawal gear.. Bila tekan minyak rasa berat je.. Tapi, bila tak pakai air cond,... Minyak tu kita yang control. huhu... Dalam erti kata lebih mudah, senang nak tekan minyak dan senang gear nak masuk... Ha macam tu lah.. Tapi tak tahu lah, kalau korang rasa lain.. Sebab tu lah bila kawan-kawan yang biasa naik dengan saya terutama Shaheera Adila memang sentiasa akan faham dan mengerti akan pemanduan kawan dia ni..Tapi bila bawa keluarga,  air cond tu wajib kena pasang. Kalau tak, adalah suara-suara sumbang berbunyi. Lagi satu, bagus juga bila bawa keluarga pasang air cond. Bila minyak yang kawal kita, ada baiknya kita bawa lebih perlahan.. Lagi pun kita bawa orang tersayang.. Kalau jadi apa-apa kita juga yang menyesal. Mohon dijauhkan dari sebarang kecelakaan....Amin Ya Rabb..

Bila ingat-ingat balik kan.. Saya suka dan teramatlah beruntung ada abang seperti abang saya iaitu Uda. Semua orang tahu uda kaki kereta, dan semua orang tahu cara pemanduan seorang pemilik kereta lumba. Kalau naik dengan dia, memang boleh muntah, hal tu memang benar-benar berlaku. Dan, sayalah pemangsanya..Apa yang saya cuba nak kongsikan bukan kehebatannya, tapi saya nak bagi tahu kat korang yang abang saya ni cukup lengkap dengan ilmu pemanduan. Setiap kali naik kereta dengan dia, dia akan sentiasa memberikan tipas-tips pemanduan berhemah. Antaranya:

1.Bila hujan, pastikan perlahankan kereta. Jangan ikut suka, sebab masa-masa macam ni tayar kereta tak jejak bumi. 
2. Masa hujan juga, pastikan bila nak brek , brek dua kali. Untuk pastikan brek kita mencengkam.
3. Bila melalui kawasan angin lintang, jangan sesekali berani buka tingkap. Hal ni akan menyebabkan angin akan menolak kereta bila masuk ke dalam kereta.
4. Kalau memandu kat highway tu, jangan buat kereta biasa macam kereta dia bila nak memotong. Katanya, kereta biasa tak pick up macam kereta lumba bila nak memotong dalam jarak dekat. Ingat tu!
5. Bila kelajuan di atas 100km/j pastikan pegang streng dengan kuat, sebab bila terlalu laju streng mudah berputar sendiri..

Haaa.. Tu je lah pesanan yang saya ingat. Rasanya macam ada lagi, tapi tak ingat.. Hihihi..

Ni lah uda bersama si isteri dihadapan kereta kesayangannya. Hari tu dia macam nak jual kereta ni, tapi sekarang bila orang tanya langsung tak nak jual. Dia cakap dah tukar engine baru, sedap pakai..

Cukup setakat ini entri saya, maaf lah sekiranya saya ada tersalah cakap atau terlebih cakap. Apa yang baik ambil lah sebagai peringatan kita bersama. Yang baik dari Allah S.W.T., yang buruk dari diri ni sendiri.


No comments: