Monday, January 16, 2012

Untitled


Saelamat pagi buat pembaca yang sudi melayari teratak maya ini. Hari ni merupakan hari cuti buat saya. Rasa baru cuti, sekarang cuti lagi.. Tapi lepas ni cuti saya semakin menjauh.. Tapi tak apa, saya seronok bekerja.. Hari-hari bekerja bila cuti dah rasa bosan. Ops saya tak tahu nak 'share' apa. Buat masa ni macam nak story tentang beberapa hari lepas. Still lagi dalam lingkungan PHG.

5hari yang lalu manager saya En.Jo bercuti ke Sabah. Maka tempatnya diganti dengan En. Emi selaku manager kedua. Sepanjang En.Emi menggantikan tempat En. Jo, PHG asyik pecah perut je. En.Emi yang sangat sporting dan suka buat kami ketawa sampai kering gusi. Soalan favorite yang En. Emi selalu tanya pada kami ialah 'Saya nampak kurus x?' Kami ni menjawab jujur je, perut En.Emi kedepan je.. Tapi nasib la tang muka dengan rambut tu macam Faizal Tahir, so dapat la cover tang perut tu. Huhuu..Kadang-kadang ada je yang menjadi mangsa usikan En.Emi.. Tapi kadang-kadang kami balik yang duk kenakan dia. Muahahaaa...

Lepas 4 hari En. Jo bercuti, semalam En.Jo masuk. En.Jo belikan buah tangan untuk staff. Masing-masing dapat gelang mutiara Sabah, ada juga yang dapat kerongsang Sabah.. Itu tandanya En.Jo tak pernah lupakan staff dia. Saya tabik hormat dengan Bos dan Manager PHG. Dari cerita yang saya dengar, walau ke mana pun orang-orang kuat PHG pergi mesti diaorang takkan pernah lupakan staff PHG bahagian butik,DC,office. Thumbs up!

urmm..habis dah story tentang PHG. Sekarang saya nak share tentang kematangan.

Di tahun ini usia saya telah meningkat dari angka 0 ke 1. Terasa sedikit tua dan menjelang dewasa.. Kematangan terdiri dari segala aspek. Kita akan melihat kematangan seseorang itu dalam menyelesakan masalah-masalah yang dihadapi. Itu dari segi mentalnya. Manakala dari segi fizikalnya, kita dapat melihat dari gerak geri bahasa tubuh, dan cara pemakaiannya.

Seseorang yang matang akan menyelesaikan masalah dengan akal dan fikiran. Walaupun api amarahnya membuak-buak. Namun manusia kini tidak seperti itu, akal fikiran yang pendek membuatkan diri menghembuskan api amarah kepada 1 dunia. Jika kita lihat para ilmuwan akan menegur seseorang yang melakukan kesalahan dengan cara yang berhemah. Baru lah individu tersebut akan menerima segala teguran.

Saya membawa 1 contoh, seseorang menganggap dirinya cukup matang.. Baik dan benar dari segala yang dilakukan. Namun 1 hari, takdir Allah mengujinya. Individu ini merupakan orang yang berpengaruh, kerana ujian yang diturunkan beliau sanggup mengetepi dan menyisihkan orang yang rapat dengannya. Sedangkan dialah yang setia bersama susah dan senang. Adakah ini yang dikatakan benar-benar matang??? Kita manusia, tiada yang sempurna.

Satu lagi contoh, disaat rahiq mengujinya nya lagi. Api amarahnya sedang membuak-buak, tatkala syaitan menghasut dengan penuh kesungguhan. Maka, beliau tenggelam dalam hasutan syaitan, segala amarahnya dikemukakan kepada satu dunia. Maka berlakulah segala sokongan dan pertikaian. Secara tidak sengaja kita telah pun mengheret mereka dalam apa yang kita lakukan. Adakah ini yang dikatakan berfikiran terbuka???

Satu masa manusia biasa akan berfikir diantara kebenaran dan kepalsuan. Seperti topik hangat negara yang semakin hangat dari masa ke masa. Mata-mata mereka akan terbuka, dan saya yakin tidak selamanya kita akan berada ditakuk yang lama. Marilah bersama-sama kita memperbaiki diri. Tidak perlu menjadi seperti kerbau yang dicucuk hidung. Dan saya bercakap diatas dasar seorang manusia biasa. Yang baik dari Allah, yang buruk dari saya sendiri.

No comments: