Thursday, December 15, 2011

Cuti-cutiku...Part I

Salam hormat dan salam kasih sayang berserta kerinduan dihatiku buat pembaca yang sentiasa menunggu kehadiran entri-entri baru dariku. Agak hampir sebulan blog ini kesepian. Suara-suara sengau minta menambah entri baru sudah mula kedengaran. Saya nak ucap terima kasih yang tidak terhingga kerana ada yang sanggup menghantar inbox di FB atau di chat box bertanyakan tentang entri terbaru, walaupun kita tak berapa nak kenal. Terasa blog ini diperlukan.
Sudah saya katakan, paparan disini hanya berkenaan diri ini. Tetapi, ada diantara kalian yang mengambil apa yang saya kongsikan sebagai motivasi diri. Tak salah pun,saya izinkan. :)

Baiklah, hari ini saya akan kongsikankan apa yang berlaku sepanjang ketiadaan saya selama hampir 3 minggu ini.   Pertengahan November lalu saya ke JB, menikmati udara disana selama beberapa hari sebelum memulakan perantauan ke Pantai Timur. Oh.. Sebelum saya terlupa dan terleka. Suatu kejadian telah berlaku,semasa sebelum sampai di JB. Baru saya tersedar, saya sudah meninggalkan foundation atau bedak asas! Agak kelam kabut, tapi inilah kejadian dimana mengajar saya supaya meneutralkan diri.Ya, memang saya dah berhenti make up. Cuma foundation sahaja, untuk selesakan diri.  Namun, semenjak peristiwa itu saya lebih mudah dan ringkas keluar tanpa secalit kosmetik diwajah..

Tiba-tiba teringat, Mr.Kuwus cakap 'kelakar bila teringat masa makeup dulu, siap pakai eyeshadow warna-warnI kat mata' HAHAHA! Wooot, kutuk ea! Ala biasa la tu dulu, belum matang. Sekarang, i dah matang taw u! Ahakz..........Actually, dia lebih sukakan yang neutral. Bagus lah tu, senang den nak bersiap. Hahah

Ini lah wajah tanpa secalit kosmetik. Sekarang saya rasa lebih yakin keluar begini. Bersyukur kepada Allah, meskipun aku tidak secantik mereka. Namun aku bersyukur atas kurniaannya.

Keesokan hari berada di JB, sempatlah berjalan kejap di Taman Merdeka menghirup angin segar.

 Sedikit pemandangan di Taman Merdeka JB!

Ini lah wajah si kenit! Anak buah ke-4. Zatussyafa'!

Pemandangan dari atas titan gantung! 

Walau dimanapun saya berada Negeri Sembilan always in my heart! <3

Setelah berada di Negei  Darul Takzim ni, perjalanan ke Pantai Timur dimulakan pada pukul 3.30 pagi pada 29.11.2011. Bercuti bersama keluarga kakanda dan keluarga adik kepada abang ipar, sangatlah seronok. Kami menuju ke Terengganu Lebih kurang jam 9 pagi kami sudah berada di Kuantan, berhenti berehat dan melakukan apa yang patut.

Pagi yang buta..

Inilah mercu tanda Negeri Terengganu! Walaupun hujan, Alhamdulillah kami selamat sampai.

Bertemu kekasih tatkala rembulan menjelma..

3 budak comel...

Gambar keesokan harinya, kami ke Masjid Kristal! Lihatlah pelangi selepas hujan. Seperti pelangi dihatiku..

Memandangkan fokus dah mula hilang, cukup sampai disini. Nantikan sambuangan entri ini. Selamat malam...

Thursday, November 24, 2011

UPDATE! WHITE ADDICTED!

Salam jumaat buat para pembaca setia..
Kebelakangan ni sjarang dah saya update belog kan?!
Walaupun korang dah banyak kali suruh update, tapi mood malas tu menerajui diri la..
Apa boleh buat..

Ni, dah update, jangan bising-bising lagi ok! Sakit telinga saya..
HAHAHA(gelak jahat)

Ni nak bawa story.. Sekarang ni, saya dah jadi 'white addicted' tak tahu la kenapa. Kalau pink addicted tu semua orang dah taw kot. I'm crazy pink! Tiba-tiba saya duk berangan nak ada barang-barang semua warna putih atau pink je.. Boleh x macam tu?

Tetiba je mengidam nak ada handbag warna putih! CANTIKNYAAAA! kalau dapat la... Sebelum ni dah ada, tapi tak tahan lama.. Warna Putih ni manja sikit, nak kena jaga dengan baik. Lepas nak ada handbag warna putih nak ada baju warna putih yang comel! Kasut pun nak putih juga! Tapi tu angan-angan je lah dulu. kalau ada rezeki lebih boleh la jadi kan impian tu satu kenyataa. HEHEHE!


 Cantikkan....

ni pun cantik.. tak kisah la bentuk atau rupa yang penting putih!!! Pandang je la dulu..huhu

Ha, yang ni punyalah simpel. Tapi nice sangat!!!

Sekarang punya cerita..

Petang ni akan bertolak ke JB. Yeyey!!! (happy semacam nampak!) HAHAHA!
OK, lepas pergi JB nanti kita nak holiday di Terengganu & Kelantan. Huh.. Sangat menyeronokkan, tapi ketiga-tiga Negeri ini dilanda banjir. Haaaish, tak pe la. Kita ikut je apa kata driver. Perjalanan dari JB ke Pantai timur mengambil masa lebih kurang 13 jam.. Kematu la kita dalam kereta.. Heehe.. Apa-apa pun yang penting ke JB dulu ok!!! ;)

Dah cukup story nieyh dulu! Daaaaaa. Doakan perjalanan saya selamat pergi dan balik.. :)

Wednesday, November 9, 2011

DEMAM vs MAKAN!



Selamat membaca entri Cik As. 

Salam bertemu kembali, agak seminggu tidak mengupdate blog ni. Tapi hari ni, saya akan update, tak tahu mimpi apa masa demam semalam. Bangun-bangun terus rindu kat blog ni. Dua hari ni, demam datang menyerang. Dua hari lepas masih mampu bangun dan hang out bersama best friends. Semalam, dah terlepet macam orang sakit berpuluh tahun tak boleh bangun. Tapi alhamdulillah, hari ni saya dah sihat! Yey! Mungkin gara-gara mimpi indah semasa lena semalam. Huhu.. Yeke? Cuma kepala yang agak berat, harap demam yang pergi itu tidak akan kembali lagi. Amin.. 

Ha, ini sarapan orang demam.Nyam..nyam..Sedap. Tak kisah lah apa orang nak cakap. 
Dah memang saya suka makan nyam..nyam.

Ini nak buka cerita dua hari lepas...

Dua hari lepas, dalam pukul 7, Thania call. Dia cakap 'asiah, keluar kejap'.
Saya yang macam orang blur ni keluar, tengok-tengok dia datang dengan Cik Farah..
Diaorang ajak pergi makan la. Tapi dah maghrib, so rehat dulu kat rumah saya.
Pukul 8 lebih baru kami keluar..

Kami ke Secret Recipie Dataran.
Bermulalah ceritera makan..makan kami.

Haa!!! Yang ni saya yang punya. Choc Fudge! My favourite cake! Jangan jeles taw.
Ni baru dessert.

Yang ni cik Thania yang punya, Choc Indulgance! Yummy.
Al-kisah kek ni, mulanya nak order satu je. Kononnya nak jimat, lagipun takut Farah marah kot kitaorang ni melampau bebena. Masa order tu dia cakap macam ni 'la, kenapa order 1? Ambil la 2, nak share..share pula dia ni'. Weeee! Green light, jadi lah dua kek ni!

Masa suap-suapan bermula. Kami memang sangat sukakan suapan kerana, suapan akan mengimbau memori lalu di zaman persekolahan. 

Cik Thania menikmati kelazatan choc indulgance.

Cik Puan yang menaja makan malam kami! So nice! Semoga Allah memurahkan rezeki beliau.

Banana split! Thumbs up! Lastly tak habis makan, siapa mau jawab? Huhu..

Beef spaghetti bolognese for me! 

Smile always! Yeah, i'm happy. Thanx u all make me smile!

Suapan untuk dia yang selalu menyuapkan kami sewaktu zaman persekolahan.

Semua ini milik cik Thania. Badan kecik, makan banyak.. huuhu..hahaha..

Pihak juri cuba merasa makaroni, ouuch! Tekak saya memang tak sesuai dengan makaroni!
Sorryy! Hihihi..

Alhamdulillah, perut kami sudah kenyang. Terima kasih Farah! Ku panjat syukur ke hadrat illahi,
walau apa pun terjadi kami kekal bersama. Semoga ukhwah ini akan terus berkekalan.
Orang baik, semua oran sayang.. 


Monday, October 31, 2011

MASALAH!

Apalah erti hidup tanpa masalah? Percaya atau tidak, dari masalah lah kita mendapat jalan penyelesaian sesuatu perkara. Masalah boleh dikaitakan dengan kesilapan. Kesilapan membawa kita kepada kejayaan. Itu adalah faktanya. Masalah juga boleh dikatakan untuk menguji minda,iman,diri seseorang. Yang penting cara kita mengendalikan masalah tersebut.


Dalam hal macamni, hati kena kuat, iman kena teguh. Allah nak uji kita sebenarnya. Allah nak uji dimana tahap kesabaran kita. Ya, saya terima saya sedang diuji. Bila ada masalah, emosi harus dikawal rapi. Takut kalau ada yang kena tempias. Setiap manusia ada cara tersendiri untuk menghadapi ujian ni.


Pada saya, mencari ketenangan sambil memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu perkara itu adalah jalan hidup saya. Petunjuk illahi adalah paling utama, kata orang mengadu pada manusia belum tentu masalah selesai. Malah, lebih diheboh-hebohkan. Tapi mengadu pada pencipta dijamin tiada siapa yang tahu, malah akan diberi jalan penyelesaian.


Manusia? Saya nak bagi tahu kat awak-awak semua, dalam hidup ni tak semua sukakan kita, dan x semua tak sukakan kita. Peduli apa orang nak kata tentang diri kita. Walaupun diri kita tak pernah betul depan mereka yang tidak berpuas hati. Kita tahu apa yang kita buat, Allah juga tahu apa yang kita buat. Memang tak sudah kalau nak bincang tentang hati manusia ni. Cukuplah untuk kita tahu,MANUSIA TIDAK DICIPTAKAN SEMPURNA, SENTIASA MELAKUKAN KESILAPAN. MENGAPA ALLAH HANTAR KESILAPAN? KERANA ALLAH NAKKAN KITA BELAJAR DARI KESILAPAN UNTUK MENGGAPAI KEJAYAAN. Letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah, insyaAllah Allah sentiasa bersama. Tiada pelindung yang paling baik selain pelindungannya.


Kuatkan semangat, tanamkan tekad. Hidup kita tak ada siapa yang boleh tentukan selain diri sendiri. Kalau bukan kita yang tolong diri sendiri nak harapkan siapa? ALLAH TAKKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU, JIKA KITA TIDAK MENGUBAHNYA. Sematkan kata-kata ni dalam hati. Lakukan tindakan yang bijak.. USAHA. DOA, TAWAKAL JANGAN LUPA!!!

Sunday, October 30, 2011

JUARA PIALA MALAYSIA 2011!!!

29.10.2011 menentukan pemilik Piala Malaysia 2011. Masih menjadi teka teki kepada semua penduduk bumi..

Pemandangan di Stadium Shah Alam pada waktu petang sebelum perlawanan bermula..

Sebagai tanda menyokong noghi, den dan adik den pakai logo ni ha. Nampak tak tag line ea. 'Team Anak Mudo Sayang Noghi'. Ha, memang cantik kan.. Ekau ado? Tak do an.. Heheh. Gurau yo, jangan maghah!

Biar pun team ponyu dah mendahului dengan 1-0. Namun, kito x patah semangat do. Terus berusaha sehingga ke akhir masa. Gambar nieyhaaa menunjuk an betapo kosal ea penjago gol ponyu ateh kosilapan ea.
Mahap la yo, tak dapek nak nolong ea do, dah den koba an nismilan memang handaa. :)

Setolah, pueh ruso berusho. Dah tibo maso ea, ponyu kecundang toghuk. Ruso menewas an dengan mato 2-1. Mokasih lah kek Kunalan samo Hai-O, sobab dah buek Nismilan sonyum lebar. Biarpun maso awal-awal ea agak susah nak dapek an 1 gol. Nasib dah menyobolahi kito kan. Nak buek camno. Ponyu jangan nagih, taun dopan ado laei.


Haa! Korang nampak tak sapo tu? Tu la Tok Mat montoghi kito, yang banyak boghi somangat. Lebar sonyum Tok Mat, mano tak ea  dah monangkan. Biarpun padang Shah Alam berpanau, tompi kito totap handaaa! Walaupun den x poie Stadium, den totap menyokong daghi ghumah. Kalau ikut an, den ni tak la minat bola, tompi sobab noghi den la, den somangat tak habih. Den pedulik apo oghang nak kato, den x kacau koghang pun. Asal an den bahgio cukop la an. Hahaha.. Hidup HOBIN JANG HOBIN! kau ado??? :)

Friday, October 28, 2011

SEDIH!


Rindu padanya tidak mampu ku tahan. Semenjak kebelakangan ini, hati kecil mudah sahaja tersentuh. Sudah hampir 5 tahun dia pergi meninggalkan kami, Hanya doa yang mampu ku kirmkan.. Air mata tidak pernah berhenti dari mengalir, ingin sekali ku bertemu dengannya..




Sayu hati tat kala mengenangkan pengakhiran hidupnya. Jasanya masih belum sempat ku balas. Pelukannya belum sempat ku dakap erat. Belum puas rasanya bermanja..Namun, Allah lebih menyayanginya. Kepayahannya membesarkan kami 8 beradik, amatlah kami hargai. Pergi dirinya tidak pernah diganti. Meskipun kami miskin harta, namun kami tidak pernah miskin akan kasih sayangnya.


Insan ini tidak pernah membalas apabila ada yang melakukan kejahatan terhadapnya. Dia mendidik kami dengan prinsip 'biar orang buat kita, kita jangan buat orang'. Kata-kata ini ku pegang higga hari ini. Sungguh aku bangga punya ayah sepertinya.. Insan, pembangkit semangat buat 8 orang anak ini, tidak pernah menyusakan anak-anak hingga hujung pernafasannya. Semoga Allah merahmatinya.. Segala kepenatannya, sudah terbalas apabila anak-anak berjaya di puncak kejayaan..


Hati menjadi rapuh tatkala, teringatkan akan memori akad pernikahan kakak sulungku. Ayah masih sempat mewalikan beliau. Selepas ketiadaannya abang kami mewalikan setiap pernikahan adik-beradik perempuan kami. Seakan baru semalam ku dengar ayah mengulang-mengulang lafaz nikah anak sulungnya. Ayah, aku amat merinduimu.. Andai aku bisa meminta sesuatu, akan ku pinta dipertemukan dengannya didalam setiap lenaku. Rinduku padanya tidak pernah padam. Ya Allah terimalah doa hambamu yang hina ini..


Saat pemergiannya di ulang tahun kelahiranku yang ke-16, memberi kesan yang cukup besar buat diri ini. Jika 16 tahun yang lalu, beliau menangis gembira menyambut kelahiranku. Namun 16 tahun kini, aku menangis kerana pemergiannya. Benarlah kata kakakku, rindu Allah padanya melebihi rindu kami. Ayah, hadirlah didalam setiap lenaku. Aku ingin bertemu, bilakah akan kau menjemputku mengikutmu. Aku amat merinduimu...........

Sunday, October 23, 2011

TITLE: SAHABAT!

Assalamualaikum dan salam rindu yang tidak terucap buat kalian.
Setelah beberapa bulan menyepikan diri, alhamdulillah dengan izin Allah
hari ini kita bertemu lagi.

Maafkan saya sebab terlalu lama meninggalkan blog ini tanpa khabar berita.
Pagi nan salju ini, saya masih tidak dapat melelapkan mata. Selepas selesai
memasukkan lagu dan beberapa widget saya bersemangat mahu menulis di blog ini.
Semoga kalian terhibur dengan lagu pilihan saya. :)

Hari ni, saya nak kongsikan berkenaan nikmat yang dipinjamkan Allah kepada saya.
Suatu ketika dulu, saya pernah diuji diantara sesama manusia. Saat diuji memang
tidak dapat dibayangkan bahawa hati ini sukar untuk menerima seseorang sebagai sahabat.
Namun, Allah itu lebih mengetahui segalanya. Malam ini, saya diberi peluang untuk
bersahabat dengan seseorang, orang itu adalah insan yang terlibat dalam ujian suatu ketika
dahulu. Saya menerimanya dengan tangan terbuka dan rasa rendah diri. Semoga ukhwah
persahabatan dengannya akan sentiasa dipelihara.

Usai cerita nan satu..

Hati ini terlalu mudah untuk menyayangi seseorang.. Persahabatan tidak pernah
kenal rupa atau harta. Allah menghantar seseorang kepada saya, supaya sentiasa
menjaganya.Ya, itulah satu amanah. Walaupun kami tidak pernah kenal antara satu
sama lain, namun jika sudah ditetapkan dialah sahabatku, aku terima seadanya. Sahabat
baru yang kukenali dengan nama Farra Ismail. Seingat ku sudah hampir 3 minggu kami
bersahabat. Tapi entah mengapa malam ini, ku rasakan seakan ada satu tanggungjawab
kepadanya. Sayangku padanya seperti sayangku kepada insan yang bertakhta dihati iaitu
Raihanah Ahmad Dalan. Ya Allah andai ini amanahmu ku terima dengan hati terbuka.
Buat Farra, saya harap kita dapat sama-sama jaga persahabatan ini, saya sentiasa disisi
seandainya awak memerlukan. Betapa besarnya nikmat Allah menemukan kami.. Tak lupa juga buat
sahabat tersayang cik Siti Nur Ain, kawan satu kepala,cik Thania Ismail editor blog terbaik, Cik Ainul yang sentiasa menghibur hati dan kepada semua sahabat-sahabatku.

Nama diberi: Raihanah Ahmad Dalan
usia persahabatan: hampir 7 tahun.
perwatakan: sangat lembut, memahami, sentiasa disisi.:)
kelulusan: DIPLOMA perguruan lulusan KUIS, sekarang berkhidimat
sebagai guru/uztazah di sebuah sekolah di Sg. Buloh.
Status: single unavailable makcik ni.. :)
Kalau kalian nak tahu, kami sering dilabel kembar, sahabat dunia akhirat, buat apa semua nak sama, tu yang baju kami sama. hihihi. Sayang dia sepenuh hati..



nama di beri: Ainul Husna binti Tarli
usia persahabatan: hampir 7 tahun
perwatakan: sangat happening! Tanpa dia dunia x bersuara..wawawa
lain-lain: sedang menuntut di Unisza. Kos??? hihi.. lupa la..
status:single unavailable.. yeke? padam celik..padam celik je..huhuhu



Tidak lupa juga dua insan yang sering membuatkan diri ini ceria bersama, iaitu Cik Sarifah
Amira dan Cik Hasnaa yang tembam macam big apple pipi dia. Hihihi. Jangan marah ok,
saya ni jujur orangnya. Terima kasih awak-awak berdua sebab dapat video call malam ni.
Rindu sangat nak VC kan, sejak mira tak aktif kat skype kita dah jarang VC. Sebelum
terlupa, saya nak maklumkan kepada pembaca, bahawa perkenalan kami hanya dalam laman muka buku plus sedikit kenalan dari someone, akhirnya menjadi akrab. Indah sungguh dunia persahabatan kan.
Ya Allah, siapa lagi akan kau hantar untuk bersahabat denganku? Seakan tidak puas punya
sahabat yang sedia ada, tamak??? ohh, tidak.. bukan tamak cuma saya sukakan kawan yang baik hati seperti mereka. Doaku buat kalian, agar Allah sentiasa menjaga kalian sewaktu aku masih hidup
atau pun setelah ketiadaanku dimuka bumi. Ketahuilah kalian bahawa aku,ikhlas bersahabat
kerana Allah. Setiap susah dan senang kalian sudah menjadi tanggungjawabku..

Ha ni makcik berdua yang i selalu rindu-rindu..
Bertudung biru,
nama diberi: Sarifah Amira.
usia persahabatan: setahun lebih ada kot..
perwatakan: sangat gila-gila satu kepala, ceria bagai nak gila, cantik kan??? ;)
status: sudah berpunya ya! so lupakan niat nak berkenalan tu!
lain-lain: dia dan sahabatnya hasna ini, sedang menuntut di Politeknik Merlimau ye.
kos?? diaorang tak bagitahu, lupa pula nak tanya..hihihi

Pipi Big Apple,
nama diberi: Hasnaa Aziz
usia persahabatan: umm bulan satu cukup setahun! hihihi ingat lagi ye masa kita berkenalan.
perwatakan: kalau mira dah gila-gila, dia lagi extreme gila-gila. huuhu.. Pipinya yang tembam menyebabkan saya memanggil dengan panggilan big apple.. hihih Jangan marah taw hasnaa!!! ;)
status:sudah ada yang punya laaa...


Rasa-rasanya cukup setakat ini dahulu entri kali ini. InsyaAllah, akan bersambung secepat mungkin.

*Cik Siti Nur Ain tak da gambar.. Nanti lain kali saya update..

P/S: Korang maaf la ye kalau-kalau tak suka, saya create cerita ni, dan maaf sebab ambil gambar
kalian tanpa kebenaran..

ISNIN/24/10/2011
0315.