Thursday, December 15, 2011

Cuti-cutiku...Part I

Salam hormat dan salam kasih sayang berserta kerinduan dihatiku buat pembaca yang sentiasa menunggu kehadiran entri-entri baru dariku. Agak hampir sebulan blog ini kesepian. Suara-suara sengau minta menambah entri baru sudah mula kedengaran. Saya nak ucap terima kasih yang tidak terhingga kerana ada yang sanggup menghantar inbox di FB atau di chat box bertanyakan tentang entri terbaru, walaupun kita tak berapa nak kenal. Terasa blog ini diperlukan.
Sudah saya katakan, paparan disini hanya berkenaan diri ini. Tetapi, ada diantara kalian yang mengambil apa yang saya kongsikan sebagai motivasi diri. Tak salah pun,saya izinkan. :)

Baiklah, hari ini saya akan kongsikankan apa yang berlaku sepanjang ketiadaan saya selama hampir 3 minggu ini.   Pertengahan November lalu saya ke JB, menikmati udara disana selama beberapa hari sebelum memulakan perantauan ke Pantai Timur. Oh.. Sebelum saya terlupa dan terleka. Suatu kejadian telah berlaku,semasa sebelum sampai di JB. Baru saya tersedar, saya sudah meninggalkan foundation atau bedak asas! Agak kelam kabut, tapi inilah kejadian dimana mengajar saya supaya meneutralkan diri.Ya, memang saya dah berhenti make up. Cuma foundation sahaja, untuk selesakan diri.  Namun, semenjak peristiwa itu saya lebih mudah dan ringkas keluar tanpa secalit kosmetik diwajah..

Tiba-tiba teringat, Mr.Kuwus cakap 'kelakar bila teringat masa makeup dulu, siap pakai eyeshadow warna-warnI kat mata' HAHAHA! Wooot, kutuk ea! Ala biasa la tu dulu, belum matang. Sekarang, i dah matang taw u! Ahakz..........Actually, dia lebih sukakan yang neutral. Bagus lah tu, senang den nak bersiap. Hahah

Ini lah wajah tanpa secalit kosmetik. Sekarang saya rasa lebih yakin keluar begini. Bersyukur kepada Allah, meskipun aku tidak secantik mereka. Namun aku bersyukur atas kurniaannya.

Keesokan hari berada di JB, sempatlah berjalan kejap di Taman Merdeka menghirup angin segar.

 Sedikit pemandangan di Taman Merdeka JB!

Ini lah wajah si kenit! Anak buah ke-4. Zatussyafa'!

Pemandangan dari atas titan gantung! 

Walau dimanapun saya berada Negeri Sembilan always in my heart! <3

Setelah berada di Negei  Darul Takzim ni, perjalanan ke Pantai Timur dimulakan pada pukul 3.30 pagi pada 29.11.2011. Bercuti bersama keluarga kakanda dan keluarga adik kepada abang ipar, sangatlah seronok. Kami menuju ke Terengganu Lebih kurang jam 9 pagi kami sudah berada di Kuantan, berhenti berehat dan melakukan apa yang patut.

Pagi yang buta..

Inilah mercu tanda Negeri Terengganu! Walaupun hujan, Alhamdulillah kami selamat sampai.

Bertemu kekasih tatkala rembulan menjelma..

3 budak comel...

Gambar keesokan harinya, kami ke Masjid Kristal! Lihatlah pelangi selepas hujan. Seperti pelangi dihatiku..

Memandangkan fokus dah mula hilang, cukup sampai disini. Nantikan sambuangan entri ini. Selamat malam...

No comments: