Sunday, October 23, 2011

TITLE: SAHABAT!

Assalamualaikum dan salam rindu yang tidak terucap buat kalian.
Setelah beberapa bulan menyepikan diri, alhamdulillah dengan izin Allah
hari ini kita bertemu lagi.

Maafkan saya sebab terlalu lama meninggalkan blog ini tanpa khabar berita.
Pagi nan salju ini, saya masih tidak dapat melelapkan mata. Selepas selesai
memasukkan lagu dan beberapa widget saya bersemangat mahu menulis di blog ini.
Semoga kalian terhibur dengan lagu pilihan saya. :)

Hari ni, saya nak kongsikan berkenaan nikmat yang dipinjamkan Allah kepada saya.
Suatu ketika dulu, saya pernah diuji diantara sesama manusia. Saat diuji memang
tidak dapat dibayangkan bahawa hati ini sukar untuk menerima seseorang sebagai sahabat.
Namun, Allah itu lebih mengetahui segalanya. Malam ini, saya diberi peluang untuk
bersahabat dengan seseorang, orang itu adalah insan yang terlibat dalam ujian suatu ketika
dahulu. Saya menerimanya dengan tangan terbuka dan rasa rendah diri. Semoga ukhwah
persahabatan dengannya akan sentiasa dipelihara.

Usai cerita nan satu..

Hati ini terlalu mudah untuk menyayangi seseorang.. Persahabatan tidak pernah
kenal rupa atau harta. Allah menghantar seseorang kepada saya, supaya sentiasa
menjaganya.Ya, itulah satu amanah. Walaupun kami tidak pernah kenal antara satu
sama lain, namun jika sudah ditetapkan dialah sahabatku, aku terima seadanya. Sahabat
baru yang kukenali dengan nama Farra Ismail. Seingat ku sudah hampir 3 minggu kami
bersahabat. Tapi entah mengapa malam ini, ku rasakan seakan ada satu tanggungjawab
kepadanya. Sayangku padanya seperti sayangku kepada insan yang bertakhta dihati iaitu
Raihanah Ahmad Dalan. Ya Allah andai ini amanahmu ku terima dengan hati terbuka.
Buat Farra, saya harap kita dapat sama-sama jaga persahabatan ini, saya sentiasa disisi
seandainya awak memerlukan. Betapa besarnya nikmat Allah menemukan kami.. Tak lupa juga buat
sahabat tersayang cik Siti Nur Ain, kawan satu kepala,cik Thania Ismail editor blog terbaik, Cik Ainul yang sentiasa menghibur hati dan kepada semua sahabat-sahabatku.

Nama diberi: Raihanah Ahmad Dalan
usia persahabatan: hampir 7 tahun.
perwatakan: sangat lembut, memahami, sentiasa disisi.:)
kelulusan: DIPLOMA perguruan lulusan KUIS, sekarang berkhidimat
sebagai guru/uztazah di sebuah sekolah di Sg. Buloh.
Status: single unavailable makcik ni.. :)
Kalau kalian nak tahu, kami sering dilabel kembar, sahabat dunia akhirat, buat apa semua nak sama, tu yang baju kami sama. hihihi. Sayang dia sepenuh hati..



nama di beri: Ainul Husna binti Tarli
usia persahabatan: hampir 7 tahun
perwatakan: sangat happening! Tanpa dia dunia x bersuara..wawawa
lain-lain: sedang menuntut di Unisza. Kos??? hihi.. lupa la..
status:single unavailable.. yeke? padam celik..padam celik je..huhuhu



Tidak lupa juga dua insan yang sering membuatkan diri ini ceria bersama, iaitu Cik Sarifah
Amira dan Cik Hasnaa yang tembam macam big apple pipi dia. Hihihi. Jangan marah ok,
saya ni jujur orangnya. Terima kasih awak-awak berdua sebab dapat video call malam ni.
Rindu sangat nak VC kan, sejak mira tak aktif kat skype kita dah jarang VC. Sebelum
terlupa, saya nak maklumkan kepada pembaca, bahawa perkenalan kami hanya dalam laman muka buku plus sedikit kenalan dari someone, akhirnya menjadi akrab. Indah sungguh dunia persahabatan kan.
Ya Allah, siapa lagi akan kau hantar untuk bersahabat denganku? Seakan tidak puas punya
sahabat yang sedia ada, tamak??? ohh, tidak.. bukan tamak cuma saya sukakan kawan yang baik hati seperti mereka. Doaku buat kalian, agar Allah sentiasa menjaga kalian sewaktu aku masih hidup
atau pun setelah ketiadaanku dimuka bumi. Ketahuilah kalian bahawa aku,ikhlas bersahabat
kerana Allah. Setiap susah dan senang kalian sudah menjadi tanggungjawabku..

Ha ni makcik berdua yang i selalu rindu-rindu..
Bertudung biru,
nama diberi: Sarifah Amira.
usia persahabatan: setahun lebih ada kot..
perwatakan: sangat gila-gila satu kepala, ceria bagai nak gila, cantik kan??? ;)
status: sudah berpunya ya! so lupakan niat nak berkenalan tu!
lain-lain: dia dan sahabatnya hasna ini, sedang menuntut di Politeknik Merlimau ye.
kos?? diaorang tak bagitahu, lupa pula nak tanya..hihihi

Pipi Big Apple,
nama diberi: Hasnaa Aziz
usia persahabatan: umm bulan satu cukup setahun! hihihi ingat lagi ye masa kita berkenalan.
perwatakan: kalau mira dah gila-gila, dia lagi extreme gila-gila. huuhu.. Pipinya yang tembam menyebabkan saya memanggil dengan panggilan big apple.. hihih Jangan marah taw hasnaa!!! ;)
status:sudah ada yang punya laaa...


Rasa-rasanya cukup setakat ini dahulu entri kali ini. InsyaAllah, akan bersambung secepat mungkin.

*Cik Siti Nur Ain tak da gambar.. Nanti lain kali saya update..

P/S: Korang maaf la ye kalau-kalau tak suka, saya create cerita ni, dan maaf sebab ambil gambar
kalian tanpa kebenaran..

ISNIN/24/10/2011
0315.

7 comments:

Unknown said...

thanks asiah..
sahabat disisi ak.. grrr....

asiah abd ghaffar said...

welcome....peace..hug n kiss 4 u... mmmuah!

aiman mania said...

nice entry..^^

asiah abd ghaffar said...

thank you encik aiman.

Neijie said...

waaa..best kan ada sahabat yg baik ni kan?? alhamdulillah dapat sahabat yg baik2..semoga ukhuwwah anda kekal..^^..insyaAllah..^^..

-salam kenal- ^^

asiah abd ghaffar said...

salam perkenalan jua dari saya.. Sudah semestinya, saya bersyukur punya sahabat seperti mereka, itulah yang dikatakan bersahabat kerana Allah akan kekal hingga ke syurga. ;)
semoga awak juga punya sahabat seperti saya..

Anonymous said...

salam boleh x saya tahu fb raihanah ahmad dahlan?