Wednesday, August 10, 2011

Dugaan Ramadhan..10/9/2011

Salam semua, terkejut ke saya post entri baru ni??? Yelah mana taknya kan semalam baru post panjang berjela hari ni post lagi. Tak peduli lah apa orang nak cakap, kalau dah namanya pun blog sendiri so sendiri punya pasal lah kan. Hehehe.

Okay, nak story hari ni punya cerita. Hari ni cukup 10 Ramadhan kan. Hari ni juga lah malang tak berbau. Nak tahu kenapa? Sebabnya masa balik jemput ibu/mak/bonda/ummi/mama, mana-mana ajelah maksudnya sama je. Tapi saya lagi 'prefer' mama nak jadi ayat sedap sikit kan. Sikit aje lah,, eh.. dah melalut. Sambung balik.. Masa balik dari jemput mama kita tadi, kita kemalangan. Huh!!! Berdebar laju jantung kita.

Ceritanya macamni, lepas keluar dari simpang klinik mama kita, kita nak tukar lorong. Hari hujan agak lebat, dan kereta pun sangatlah banyak so kita memandu perlahan je,sampai dalam hati kita sebut camni 'kenapa aku pandu perlahan sangat ni?' Dan, kita telah memberi lampu isyarat ke kiri untuk bertukar lorong, sambil menghimpit ke kiri dengan perlahan dan berhati-hati. Tiba-tiba, DUMMMMMM!!! Terkejut kita, bunyi tu datang dari arah belakang. Kita toleh belakang tengok ada motor jatuh. Kita berhentikan kereta ke tepi. Terus keluar kereta, tengok si lelaki cuba bangun. Ramai juga orang tolong. Kaki dia berdarah tangan pun sama. Tapi motor dia okay je. Kita pun dengan muka kecuakan pergi kat dia tanya macamna boleh jadi. Tapi, dia senyap je..

Beberapa minit kemudian, datang lah dua orang polis trafik. Polis tu minta kita buat repot, macamtu juga lah dengan si penunggang tu. Kita baru je nak gerak ke balai then salah sorang yang berkerumun kat situ, cakap macam ni "Akak, akak tak payah lah buat repot. Dia tak ada lesen. Akak pun mungkin salah juga, hari hujan kan akak mungkin tak nampak dia. Akak bawa dia pergi klinik je, ala klinik kerajaan je kak." Ha lebih kurang macam ni la ayat dia. Ni pertama kali kita kena macamni, tak tahu nak ikut cakap siapa.

Lepas tu, tiba-tiba datang sorang lagi cakap macam ni. "Akak, tak payah lah repot. Die tak ada lesen, kalau akak repot tottaly lah dia salah. Akak bawa pergi klinik biasa je jangan bawa pergi kerajaan nanti hospital minta repot". Ah, sudah pening kepala kita. Mak yang kat sebelah pun terpinga-pinga.

Dugaaan.. Tak lama lepastu, si penunggang datang  kat kereta kita.. Berikut adalah perbualan kami.

Si Penunggang (SP)
Saya (S)
Mama (M)

SP: Tak pe lah kak saya balik rumah je.
S: Sure, ke awak okay? Tak nak pergi klinik? Tak nak buat repot?

SP: Tak pe lah kak, lagipun orang rumah saya tunggu. Kita setel sini je lah.
S: Awak ada lesen ke tak? Atau awak lupa bawa lesen?

SP: Saya ada lesen L, tapi dah mati.
S: Ooo. So betul lah awak tak nak buat repot? Kalau tak nak macam mana kereta saya?

Dengan nada yang bengang..
SP: Kalau akak nak buat repot, buat lah!
M: Kesian pula dekat awak kan, betul ke awak tak nak pergi klinik?

SP: Tak pe,tak pe dah nak buka ni saya balik dulu.

Ha tu je lah perbualan kami, orang nak setel baik die nak setel macam tu. Huh! Menyusahkan ada orang macam ni. Sabar asiah.. Bulan puasa. Apa-apa pun kami sekeluarga sudah membuat keputusan untuk tidak membuat repot. Semuanya atas dasar belas dan kasih mama saya yang budiman. Kata mama "Kesiankan, orang Melayu kita. Tak apa lah tak payah buat repot."

Ha!!! Tengok mama kita masih ada hati perut lagi taw! Geram sikit. Huhuhu. Untuk pengetahuan semua, bumper belakang kereta kami, terbelah dua dan menunggu masa untuk tercabut. Nantikan gambarnya kemudian. Hari dah malam tadi tak teringat nak ambil gambar.

Pesanan buat kalian: Jangan jadi macam saya, bila kemalangan tak tahu nak buat apa. Buat langkah-langkah ni.

Dokumen yang perlu diminta semasa kemalangan.
-Kad pengenalan kedua-dua belah pihak
-Lesen kedua-dua belah pihak.
-No telefon
-Gambar kemalangan dan tuannya jika perlu.

Malangnya, satu pun saya tak buat sebab dah nervous kan. Balik rumah baru tahu. Tapi tak apa lah, mungkin ada hikmahkan. Belajar dari pengalaman.

3 comments:

Anonymous said...

kat mana ko xsident?? xper laa...mula2 drive kan..mmg mcm tu. org kata apa?? tak kuat laa lau mle2 bawak tak blanggar kan.. lebih kurang mcm tu laa ayt dia.. tapi alhamdulilah laa kedua2nyer takder pape. kes ko nie mcm kes mak aku. haha..org langgar belakng,n jth. sebijik. bamper kereta tu calar. p tak jth laa.. just xzos dia jerk hancur.smpai skunk tak btl2 ag. haha..buruk laa xzos dia tnpe besi tu..hahaha... ap org kata..pengalaman.. sabr ek.. belom ag ko kne ngn org india.. lau india, mmg lgi truk laa.coz lau dorang nk setle xleyh baik2. sesetengah india.coz byk kx jumpa daa org mcm tu.. so bhati2 laa..

Anonymous said...

walaupun kita tengok cermin tak der kereta o mtr, p ia tersembunyi. blind spot org pangil.. so better pasang cermin blind spot..

asiah abd ghaffar said...

Btw, thnx 4 ur opinion. This my second excdnt la beb. Juz 4 the 1st excdent sorang-sorang. Tak da siapa tahu sebab takut kena marah kan. It's ok la, ujian bulan puasa ni. Kalau nak jadi tu jadi juga.. Tak kira masa dan tempat. Excdnt depan shell kat KGV tu..