Monday, April 11, 2011

Kagumku pada dunia penulisan

                                                  

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi kerana masih diberi kesempatan untuk menulis lagi di blog kesayanganku ini. Hari ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai indahnya dunia penulisan.

Sahabat,

 Sebelum ini saya hanya mengimpikan untuk menulis. Cita-cita itu mula berputik semenjak saya berada dibangku sekolah. Ketaksuban membaca pelbagai jenis buku kategori fiksyen telah menjadi hobi saya. Hampir setiap bulan pasti duit akan dihabiskan dengan membeli sebarang novel. Namun, cita-cita itu tidak terhenti di situ.

Kini, lembaran 2011 telah membuatkan semangat saya meningkat secara mendadak. Keputusan telah saya ambil untuk menulis dengan lebih serius. Apabila mempunyai peluang keemasan ini, tidak mungkin untuk saya lepaskan. Hari-hari ku kini, dihiasi dengan pelbagai penulisan. Saya benar jatuh cinta dalam bidang ini. 

Kata ibuku menulis bukannya perkara yang mudah. Belum cuba belum tahu bukan? Dunia penulisan telah banyak merubah hidupku. Jikalau dahulu, aku sering mengunakan 'shortform', namun kini semua itu telah saya nyahkan serta-merta. Kata kakakku, bahasa dan penulisan seseorang menunjukkan taraf ilmu seseorang manusia. Dari situ saya mula mengambil pandangannya dan bertindak.

Saat saya mula berjinak-jinak dalam bidang ini, saya juga berkenalan dengan ramai penulis tersohor. Mereka ini bagaikan mentor kepadaku. Tidak tahu bagaimana untuk membalas jasa mereka memberi tunjuk ajar. Hanya doa yang dapat aku kirimkan. Saya juga berharap, apabila suatu hari nanti saya berjaya menjadi seorang penulis profesional seperti mereka, ingin sekali saya membantu kepada mereka yang berminat dalam bidang ini.

Ketahuilah wahai saudara, zaman kini tidak ramai lagi golongan berilmu. Kebanyakan masyarakat kita lebih berminat kepada hiburan. Apa ada pada dunia hiburan? Tahukah kita apabila seseorang itu mati, hanya amalannya akan membantu. Jika hiburan yang tidak bermafaat yang kita puja, adakah itu akan membantu saat kita mulai masuk ke liang lahad? 

Sungguh saya kagum. Kagum dengan semua yang bergelar penulis. Penulis mempunyai matlamat yang tersendiri. Penulis juga tidak pernah kenal erti penat menimba ilmu. Golongan ini juga telah memanjangkan ilmunya kepada generasi akan datang. Setinggi-tinggi penghargaan saya berikan kepada golongan ini. Jika hilangnya golongan ini, terhentilah pengembaraan ilmu yang cukup indah ini.

Kepada semua penulis, sekalung tahniah saya ucapkan. Usaha kalian sangat dipandang tinggi sama ada di dunia mahupun akhirat. Teruskan perjuangan kalian untuk terus menulis ilmu yang bermanfaat. Terima kasih juga kerana kalian sudi membantu saya yang lemah ini. Mohon tunjuk ajar buat selama-lamanya.

Selain itu, saya juga ingin mensarankan kepada para pembaca, gunakan lah bahasa yang penuh. Ternyata tidak merugikan, malah lebih menguntungkan apabila ada yang senang dan mudah memahami pertuturan kita.
Ini sahaja yang dapat saya titipkan ketika ini. Salah dan silap mohon dimaafi.


Salam sayang tulus ikhlas dariku Asiah Abd Ghaffar.

1 comment:

Sammaituha Najwa said...

Kata-kata harus dibuktikan dengan usaha yang tidak kenal putus asa. Selamat memeriahkan dunia penulisan Islam.