Saturday, April 9, 2011

Corat-coret kehidupan.


Selamat bersua lagi. Lama rasanya tidak mencoret di ruangan ini.
Al-maklumlah sekarang Cik As amat sibuk dengan bisnes dan penulisan.

Penulisan???

Alhamdulillah, Cik As ingin berkongsi berita gembira ini bersama para pembaca.
Cik As telah mendapat tawaran menulis juga dibawah PTS publication. 
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi kerana dilimpahkan rezeki yang tidak terkira.
Insyaallah buku tersebut bakal diterbit kan dua bulan dari sekarang.

Sekarang Cik As dalam proses menyiapkan manuskrip. Mesti kalian tertanya-tanya
buku apa yang ditulis? Sama-sama kita tunggu dan lihat ok? Doakan kejayaan
Cik As dalam bidang  penulisan juga perniagaan.

Selain itu Cik As juga ingin berkongsi cerita duka. Dalam suka pasti ada duka bukan?
Sering kali Allah menguji kita untuk melihat dimana tahap keimanan kita.
Kalau suatu masa dahulu Cik As berfikiran seperti budak-budak, kini sudah tiba untuk
berfikir menjadi lebih matang.

Wahai sahabat. Apabila kita dilanda ujian jangan cepat untuk kita bertindak melulu.
Berfikiranlah secara rasional. Paling penting bersamalah kita ingat akan pesanan ini.

Apabila diuji dugaan diantara hati manusia, 
usahlah dikau bimbang kerana hati manusia itu dipegang allah.
Apabila dia menginginkan sesuatu terjadi maka dia akan menggerakkan
hati manusia tersebut. Hal ini kerana dia maha mengetahui segalanya.
Dia juga menjanjikan yang terbaik buat hambanya.

Semoga perkongsian Cik As ini akan menjadi panduan buat kalian.
Salah dan silap mohon dimaafkan. Segala yang baik datangya dari allah,
yang buruk dari diri Cik As sendiri. 

Assalamualaikum.


3 comments:

Anonymous said...

AMIN :)

dapat sedikit apnduan dari entrCik As :)

HUHU done follow you :) i got lucky no :) 100 !

btw thanks again :) have a nice day ! enjoy your day with happy sunday !

esyad said...

salam ukhwah..tahniah kerana dapat peluang menulis di bawah PTS publication... dimana ada kemahuan disitu ada jalan.. Allah telah memberi jalan untuk hambanya mencari rezeki.. Semoga Cik As berjaya.. ^_^ InsyaAllah..

asiah abd ghaffar said...

aiman: terima kasih banyak kerana sudi follow dan tinggalkan komen diruangan ini. Cik As amat menggalakkan sebarang perkongsian ilmu.

esyad: salam ukhwah kembali. terima kasih di atas kesudian Esyad memberikan sokongan dan dorongan buat cik as. Benar, allah memberikan rezekinya kepada hamba-hambanya tanpa mengira pangkat dan usia. Amin.