Monday, May 2, 2011

Senyum. PBAKL. Tragedi Mei

Alhamdulillah bertemu kembali pada bulan Mei ini. Bulan yang penuh dengan peristiwa-peristiwa penting. Saat saya mencoretkan entri ini saya berada di hospital menjaga nenda yang terlantar sakit. Kelapangan masa ini saya gunakan untuk meluah atau lebih kepada untuk menceritakan aktiviti sepanjang saya tidak mengemas kini blog kesayangan ini.

Seminggu berlalu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 telah berlangsung di PWTC. Tahun ini merupakan tahun yang cukup bermakna bagi saya menghadiri PBAKL. Hal ini kerana saya telah mengenali penulis-penulis PTS publication. Saya ke sana bersama kakak dan abang ipar. Jika dahulu berselisih dengan penulis pun saya tidak kenal. Kini, apabila terserempak dengan mereka saya sudah boleh bertegur dan berbual panjang. Saat itu terdetik di dalam hati, jika dahulu saya datang ke PBAKL sebagai pembaca. Tahun ini saya datang sebagai rakan penulis. Insya Allah tahun depan saya akan datang sebagai penulis. Amin..

Kunjungan kali pertama saya bertemu dengan penulis novel sejarah nombor satu Malaysia. Adakah anda kenal? Seharusnya sebagai rakyat Malaysia yang suka membaca kita harus mengenali beliau. Tidak lain dan tidak bukan , iaitu Tuan Abdul Latip Talib. Saat bertemu , beliau sedang sibuk melayani peminat. Lantas beliau mengenalkan saya kepada peminatnya. Kata beliau ‘Saudari ini juga penulis yang berasal dari Negeri Sembilan. InsyaAllah bukunya akan terbit pada bulan 6 nanti’. .Lalu peminat beliau mohon saya bergambar sama. Saya tersenyum malu, buku saya belum keluar namun sudah diperkenalkan. Harus saya jadikan ini satu dorongan dan kenangan indah bagi seorang penulis baru seperti saya. Terima kasih kepada Tuan Abdul Latip.

                                          Memori bersama peminat Tuan Abdul Latip.

Selepas ke gerai PTS publication saya ke gerai Ain Maisarah. Gerai yang paling menyerlah boleh saya katakan. Menggunakan tema warna kegemaran saya iaitu warna pink. Berada di gerai ini membuatkan saya lupa akan dunia yang sebenar. Rasa seperti ingin memborong semua yang ada di sana. Saya menghabiskan RM90 untuk membeli set gambar di bawah ini. Demi mu Kak Ain, saya sanggup membeli pakej tersebut. Buku-buku Kak Ain memang sangat berkualiti. Saya sukakannya. Selepas sesi membeli, saya bergambar pula bersama Ain Maisarah. Saya merupakan orang terakhir sebelum Kak Ain berhenti berehat. Sempat lah berbual panjang. 

                                                        Set yang berharga RM90.

Bersama Azanil Fitri dan Ain Maisarah
                                          Ini adalah gambar kunjungan kali pertama ke gerai kak Ain.

Kunjungan kali ke-2 berlangusng pada hari berikutnya. Iaitu hari Ahad bersamaan 24.4.2011. Kali ke-2 ke PBAKL adalah untuk menghadiri forum Teknik Menulis Novel menggunakan surah Yusof. Ahli panel terdiri daripada Pengerusi PTS Publication iaitu Puan Ainon, Penulis novel Sejarah nombor 1 Malaysia, iaitu Tuan Abdul Latip dan seorang penulis dan juga editor PTS iaitu Tuan Bahruddin Bekri. Ketiga-tiga ahli panel mengupas isi-isi teknik menggunakan surah Yusof. Begitu kagum dan teruja saya mendengarnya.  Kunjungan kali ke-2 ke situ saya tidak sempat untuk bertemu Ain Maisarah.

Kunjungan kali ke-3 pada 26.4.2011. Kali ini menghadiri PBAKL bagi melihat sendiri buku terbaru abang ipar saya. Sambil itu saya mengambil kesempatan untuk bertemu Ain Maisarah lagi. Memandangkan keadaan yang tidak begitu sibuk, saya , kakak dan abang ipar ke gerai Ain Maisarah. Saya berbual bersama Kak Ain. Abang ipar berbual bersama Abang Amal suami kepada Kak Ain. Mencuri-curi dengar perbualan abang ipar dan Abang Amal. Kata abang Amal, melihat pakaian saya sudah menampakkan ciri-ciri gedik seperti Kak Ain.  Buat pegetahuan semua, gedik yang kami maksudkan bukanlah mengada-ngada tapi lebih kepada ciri Kak Ain. Abang Amal dan Kak Ain merancang untuk memberi saya peluang menulis dua bab sebagai langkah percubaan. Wah seronok bukan?. Saya akan menghargai peluang itu. Terima kasih Kak Ain dan Abang Amal.

                                      Kunjungan kali ke tiga ke PBAKL, kali ke-2 bertemu Kak Ain

Kunjugan terakhir saya pada 30.4.2011. Kali ini masing-masing membawa langkah sendiri. Saya ke gerai Ain Maisarah lagi, kali ini membawa keratan akhbar. Menurut akhbar itu, sekiranya membawa keratan menemui Kak Ain akan diberi kek cawan. Ya saya bertemu Kak Ain lagi. Kali ini Kak Ain sudah mengenali saya. Kak Ain menyebut nama saya, wajah ceria Kak Ain membuatkan saya rasa dihargai. Terima kasih lagi Kak Ain. J
                Love Kak Ain

PBAKL telah berlalu, kini hari-hari saya dipenuhi dengan menjaga nenda. Nenda semakin tidak bermaya. Kesakitan yang ditanggung jelas tergambar di wajahnya. Semoga nenda terus kuat menghadapi dugaan ini.
Semalam merupakan hari Ahad 1.5.2011. Tarikh keramat mempunyai pelbagai memori suka dan duka seorang insan seperti saya. Walaupun kadang-kadang, kita tidak mahu perkara yang kita tidak suka berlalu namun Allah sentiasa tahu yang terbaik buat hambanya. Bunyi nya seperti sedih? Perasaan itu hanya mampu melemahkan semangat seorang wanita. Usah difikir terus menerus. Fikirlah sinaran terang akan hadir membawa suria.

Berbicara tentang sedih saya selalu terkenangkan kepada  wanita. Wanita dan sedih seakan tidak boleh dipisahkan.  Buat wanita, cekalkanlah hatimu. Usah di kusuti kenangan lalu. Teruskan usahamu menggapai impian. Kesedihanmu bakal terhapus apabila sentiasa melakukan perkara-perkara positif. Jadikan kesedihan itu sebagai dorongan untuk anda membuktikan kejayaan .
                                          
Pernah saya berbual sambil bergurau bersama abang saya, lantas dia mengatakan begini ‘Orang ego ilmunya tidak akan sampai dan sentiasa menganggap dirinya betul dan sukar mengucapkan kata maaf.’ Kata abang saya lagi ‘Awak sudah jadi penulis awak kena belajar menerima pendapat semua orang,  jangan benarkan ego itu bertapak dalam diri. ‘ Saya tersenyum, secara jujurnya saya memang suka mendengar hujah abang saya. Hal ini disebakan setiap katanya amat bermakna dan boleh dijadikan motivasi diri. Tiba-tiba saya terfikir dan terus bertanya kepada abang saya, ‘Uda, kalau orang tu ego juga macamana kita nak rendahkan ego dia?’ Uda membalas, ‘Tak guna awak nak pecahkan batu yang tak mampu awak nak pecahkan. Biarkan sahaja, suatu hari nanti ego orang itu pasti akan runtuh dengan sendirinya.’

                                                 Bersama abang tersayang.

Benar kata abang kesayanganku itu, saya bertanyakan hal itu kerana memandang sekeliling hidup saya. Kebanyakan yang saya kenali bersifat ego dan sukar untuk mengucapkan maaf.  Mengapa ya ada orang sebegitu? Susahkah mengucapkan maaf? Berdosakah mengucapkan maaf? Semoga hal ini menjadi iktibar kepada semua yang membaca artikel ini. Semakin anda merendahkan ego semakin tinggilah masyarakat memandang anda. Tidak rugi pun sekiranya merendahkan ego.

                                                      I LOVE ALLAH

Dedikasi terakhir ini saya tujukan khas buat maha pencipta. Terima kasih Ya Allah kerana memberi saya ruang dan peluang untuk mencintaimu. Ujian yang kau timpakan membuatkan aku rasa bersyukur. Ternyatalah ada hikmah disebalik kejadian. Jelas dan terang ku lihat hikmahmu. Ya Allah bimbinglah aku dalam mengemudi bahteramu. Titipkan semangat untuk aku terus tabah mengharungi yang mendatang. Hanya engkau yang maha mengetahu apa yang terbaik buatku. InsyaAllah.

No comments: