Saturday, September 25, 2010

apa Yg akU rasA x seMua OraNg taw..


                                                           kesedihan yg terpancar


hmmmm, x taw nk mula dari mana..mencurah isi hati yg terpendam.. minggu ni banyak sangat problems..
otak da naik sarat, tambah lagi dengan trial..memang dasyat. tapi aku yakin semua ni berlaku ada sebab tertentu & apa yang Allah tentukan itu yg terbaik..masalah emosi yg kian tidak terkawal membuatkan aku merasa beban yang ditanggung. sungguh aku ingin lari daripada semua ini. Namun, lari itu bukanlah jalan penyelesaian yg terbaik.

hari demi hari mengalami masalah baru, siapa yg harus dipersalahkan jika bukan diri sendiri. mungkin semua ini mempunyai kaitan dengan masalah yg mengundang sebelum ini.aku harus kuat, tidak boleh lemah sebegini.
jika tiada orang yg ingin ku kongsikan setiap masalah, sudah pasti buku coretan atau blog ini menjadi tempat.
walaupun aku cuba berlagak tenang seperti tiada apa yg sedang berlaku, namun aku gagal, sudahpun aku katakan bahawa aku ini amat sensitif orangnya.

walaupun teman-teman cuba menghiburkan hati, namun semuanya hanya sementara. benar bait2 lagu kehidupan

'kesenangan yg datang x akan selamanya,
namun selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam, datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan.

mungkin kesenangan akan hadir selepas semuanya ini berlalu.
mungkinkah sewaktu kesenangan aku melupakan daratan???

'jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tidak akan berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali.

itulah harapanku...
cukup dengan bait lagu tersebut sudah kuat untuk menyatakan isi hatiku.
cukup hanya setakat ini kisah sedihku..



Minggu percubaan STPM.
jadual peperiksaan percubaan

minggu lalu merupakan minggu percubaan STPM, NS.
hmmm, sedih rasanya. bagi subjek mikroekonomi, 3 jam itu kurasakan amat bermakna.
namun masa tidak mengizinkan untuk aku menjawab semuanya. banyak yg aku tinggalkan.
paling mengecewakan satu soalan kuantitatif yg sudah ku jawab, aku abaikan kerna memikirkan
jawapan ku itu merepek. namun setelah teman-teman melihatnya selepas masa tamat, mereka memarahiku
kerna tidak menghantarnya. agak teruk markah yang mungkin aku terima...
aku harap perkara ini tidak akan berulang lagi apabila STPM sebenar kerna inilah akan menentukan jalan hidupku.

menurut jadual di atas, esok adalah peperiksaan bagi subjek makroekonomi. doakan kejayaan ku.
bagi subjek ini aku kurang mengulangya dek kerana kepala yg tidak menerima sebarang input & sering memikirkan masalah yg terjadi...apa-apapun doakan agar aku dapat menjwabnya..hmmm

kembali lagi nanti...

1 comment:

a!n said...

asiah..aku minta maaf kalo aku x berada selalu bila ko ade dlm kesusahan..aku nak ko tawu, beapa susah n kecewe pon..ko kene kuat..ko sellu ckp mcm tu kan kat aku...btw, buat la yg terbaik untk diri ko..jgn fikir diri org lain kalo dorng x penh nak fikir pasal diri ko..aku syang ko...=)