Saturday, September 18, 2010

kunjunGan SyaWal...


Lama sudah rasanya tidak mengemaskini akaun blog ini.. hal ini disebabkan kesibukan yang melanda.
1 syawal lalu seluruh umat islam menyambut kedatangan syawal dengan penuh gembira, begitu juga aku dan keluarga. di dalam kegembiraan masih terselit kesedihan dek kerana beraya tanpa orang tersayang.namun cukup bertuah di rasakan apabila kunjungan syawal kali ini member aku dan keluarga ruang untuk mengenjungi pusara ayah selama tiga hari berturut-turut. hari pertama kami berkunjung pada petangnya kerana cuaca pagi syawal yang agak suram tidak mengizinkan kami. manakala raya kedua pula kami berkunjung bersama ibu, ibu saudara dan adik beradik yang lain. dan raya ketig kami tiga beradik mengujungi pusara ayah dengan membawa tumbuhan untuk di tanam atas pusara ayah. lengkap tiga hari aku dikampung, menemani pusara ayah pada setiap hari.. alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran pada mu illahi.

sayu memandang pusara ayah

     
                                                  adik dan kakak sedang menanam pokok buat pusara ayah

syawal kali ini aku tidak banyak berjalan, entah kenapa ku rasakan malas untuk berkunjung ke rumah tetangga hanya sempat beberapa buah rumah saudara rapat sahaja yang ku pergi. mungkin kah kerana percubaan STPM yang bakal tiba? atau mungkin aku sudah menjadi lebih malas? argh... aku tidak pasti..

raya ketiga aku sudah pulang ke rumahku di Seremban. bosan dirasakan kerana suasana di sini tidak semeriah di kampung. namun, apa kan daya..pada hari selasa berikutnya aku menerima kunjungan daripada rakan-rakan sekolah lama. terima kasih buat mereka kerana sudi menyinggah di teratak burukku. mengharapkan aku ke rumah mereka? entah bila agaknya. jika panjang umur i.allah tahun depan aku akan beraya bersama mereka kerana hujung tahun ini aku bakal mendapat lesen kereta. i.allah, amin...

manakala hari rabu aku menerima panggilan dari alang mengatakan yang beliau ingin pulang ke mesir kerana bakal menghadapi peperiksaan pada hari sabtu ini. sungguh, merupakan satu kejutan buat kami. namun malamnya aku dan keluarga ke KLIA untuk menghantar alang. semoga pemergian alang ke bumi nabi akan diredhai dan lulus dengan cemerlang...amin...

No comments: