Tuesday, October 12, 2010

aKu yaKin aKan JaNji Mu!



Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi kerana diberi nikmat hidup pada hari ini. Kesibukan menyebabakan aku kurang menambah entri di sini. Namun untuk sekian kali, aku perlu mencurahkan isi hati di sini. bukan untuk menagih simpati pembaca, cuma ingin berkongsi duka dan ceria. 

Tidak dapat aku nafikan bahawa dua minggu berturut-turut ini Allah sering kali mengujiku. Kadang kala ku rasakan mungkin hanya sebentar, aku belajar menerima dugaan yang diturunkan. Namun tangga 11.10.2010 aku tewas melayan perasaan. akhirnya air mata yang telah lama ku pendam dan ku tahan berguguran jua. Aku amat rasakan diri seperti diri tiada gunanya lagi. Terlintas jua untuk melakukan perkara bodoh, alhamdulillah aku bertuah punya sahabat yang sering menemani. 

Sering aku berfikir mengapa aku acap kali diuji dengan dugaan yang tidak mampu aku memikulnya, namun lantas berbisik satu suara yang mengatakan 'tidaklah dia mengujimu, jika kamu tidak dapat melaluinya'. Lantas aku kembali kepada fitrah, aku yakin apa yang terjadi punya hikmah tersendiri. Meskipun aku sedih.merintih pilu namun aku sentiasa menanamkan dalam diri ini 'semua yang berlaku pasti ada hikmahnya'.

Aku jua ingin memohon maaf kepada semua yang terlibat, buat keluarga & rakan-rakan yang telah terkena percikan api kemarahan ku. Bukan niat ku untuk berbuat demikian, aku gagal mengawal emosi. Sentiasa aku berdoa pada illahi agar di padamkan api kemarahan dalam diri ini. Aku jua mohon agar diberi kekuatan & ketabahn dalam menjalani dugaan mu..

Ya allah aku redha jika jalan ini yang kau tentukan, aku sebagai hamba akan terus melayari bahtera yang kau amanahkan. Alhamdulillah di kesempatan ini dia yang maha pengasih lagi maha penyayang telah meminjamkan aku ketenangan jiwa. seberapa lama dipinjamkan, aku tidak pasti kerana itu adalah rahsiamu. Amat aku harapkan agar kau memberiku selamanya ketabah,kekuatan dan ketenangan jiwa ini.

Buat insan yang terlibat secara langusng, seribu kemaafan ku pohonkan. Hiasilah dirimu dengan kasih sesama manusia dan kau jua kaum hawa sepertiku. tidak sepenuhnya aku menyalahkanmu, namun harus kau hormati hak sesama makhluk peribumi ini. Sering aku katakan hidup ini punyai hukum karma, mungkin hari ini kamu sedang gembira mentertawakan ku. Namun, sentiasalah kamu beringat bahawa Allah S.W.T itu terkenal dengan sifat keadilan. 'sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia Mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata "JADILAH" maka jadilah sesuatu.'. Sekelip mata Allah membalasnya. Aku mungkin tidak akan berdaya berbuat apa-apa, ku serahkan segalanya padaNya.

Manakala. buat mereka yang lain aku jua tidak mampu untuk berbuat apa-apa, hanya sekalung doa yang dapat ku kirimkan agar Allah menunjukkan jalan buatmu. Meskipun aku tidak lagi di tempat itu, kegembiraanmu tetap akan menjadi kegembiraanku. Aku hanya insan kerdil dan hina, aku jua tidak mampu lagi untuk bertahan. Aku terlalu lemah. Maafkan ku, semoga dengan ketiadaanku kamu,dia dan mereka sentiasa dalam kebahgiaan dan kesejahteraan. Terima kasih kerana sudi bersama kepahitan dan kemanisan selama ini. Jasamu sentiasa akan ku sematkan di lensa ingatan.

Khas buat pendidik dan rakan-rakan seperjuangan terima kasih diatas budi baik kalian, yang sudi memberi ruang dan sokongan padu untuk aku melangkah ke awan biru menimba ilmu. Akan ku gunakan peluang ini sebaik-baiknya semampuku. I.Allah akan ku buktikan kepada kalian. Memori bersama kalian akan ku abadikan.

Teristimewa buat Raihanah bt Ahmad Dalan & Nur Fauzianna Lim, terima kasih yang tidak terhingga kerana kalian berdua tidak jemu-jemu memberi kata semangat dan sering mendengar rintihan seorang teman. Sayang dan cintaku pada kalian tidak akan pernah padam. Doa ku agar kalian sentiasa dilindungi dan bahagia selamanya.

Sebelum aku mengundur diri, ingin aku berpesan pada semua pembaca hargailah dan sayangilah apa yang kita ada, kerana itulah nikmat yang dipinjamkan sementara. Apabila ia hilang kita tidak mampu lagi menikmatinya.
Aku juga ingin memohon sekali lagi kemaafan sekiranya ada yang terasa dan mungkin juga aku yang terkasar bahasa. Aku hanyalah manusia biasa yang tidak sempurna dan tidak lari dari masalah. Akhir kata doakanlah akan kejayaanku.


No comments: