Monday, October 31, 2011

MASALAH!

Apalah erti hidup tanpa masalah? Percaya atau tidak, dari masalah lah kita mendapat jalan penyelesaian sesuatu perkara. Masalah boleh dikaitakan dengan kesilapan. Kesilapan membawa kita kepada kejayaan. Itu adalah faktanya. Masalah juga boleh dikatakan untuk menguji minda,iman,diri seseorang. Yang penting cara kita mengendalikan masalah tersebut.


Dalam hal macamni, hati kena kuat, iman kena teguh. Allah nak uji kita sebenarnya. Allah nak uji dimana tahap kesabaran kita. Ya, saya terima saya sedang diuji. Bila ada masalah, emosi harus dikawal rapi. Takut kalau ada yang kena tempias. Setiap manusia ada cara tersendiri untuk menghadapi ujian ni.


Pada saya, mencari ketenangan sambil memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu perkara itu adalah jalan hidup saya. Petunjuk illahi adalah paling utama, kata orang mengadu pada manusia belum tentu masalah selesai. Malah, lebih diheboh-hebohkan. Tapi mengadu pada pencipta dijamin tiada siapa yang tahu, malah akan diberi jalan penyelesaian.


Manusia? Saya nak bagi tahu kat awak-awak semua, dalam hidup ni tak semua sukakan kita, dan x semua tak sukakan kita. Peduli apa orang nak kata tentang diri kita. Walaupun diri kita tak pernah betul depan mereka yang tidak berpuas hati. Kita tahu apa yang kita buat, Allah juga tahu apa yang kita buat. Memang tak sudah kalau nak bincang tentang hati manusia ni. Cukuplah untuk kita tahu,MANUSIA TIDAK DICIPTAKAN SEMPURNA, SENTIASA MELAKUKAN KESILAPAN. MENGAPA ALLAH HANTAR KESILAPAN? KERANA ALLAH NAKKAN KITA BELAJAR DARI KESILAPAN UNTUK MENGGAPAI KEJAYAAN. Letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah, insyaAllah Allah sentiasa bersama. Tiada pelindung yang paling baik selain pelindungannya.


Kuatkan semangat, tanamkan tekad. Hidup kita tak ada siapa yang boleh tentukan selain diri sendiri. Kalau bukan kita yang tolong diri sendiri nak harapkan siapa? ALLAH TAKKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU, JIKA KITA TIDAK MENGUBAHNYA. Sematkan kata-kata ni dalam hati. Lakukan tindakan yang bijak.. USAHA. DOA, TAWAKAL JANGAN LUPA!!!

2 comments:

Fathin || Bamir said...

faten ade tag untuk kamu. jom ke blog!

Anonymous said...

setiap masalah ada penyelesaiannya
sabar :)