Sunday, June 12, 2011

Kesedihan menjelma, kekuatan bersama

Assalamualaikum buat para pembaca blog ini. Berjumpa kembali selepas beberapa minggu saya mendiamkan diri. 

Kembalinya saya pada hari ini adalah untuk mencurahkan isi hati yang terpendam. Hari ini bertarikh 12 Jun 2011. Hari ini juga menandakan berakhirnya cuti sekolah selama dua minggu. Selama dua minggu cuti sekolah berlalu,, rumah ini dipenuhi dengan gelak tawa adik-beradik dan bonda. Namun, hari ini semua terpaksa berpisah kerana mempunyai urusan sendiri. Kesunyian mula bertapak. Begitu juga dengan perasaan sedih yang mengunjung.

Apabila melihat keindahan ciptaan Allah hati saya mula berasa tenang.

Sedih!!!
Hari ini selepas semua kembali ke tempat asal hanya tinggal saya dan seorang kakak. Kami bersama-sama meluahkan perasaan. Rindu pada bualan ibu,rindu pada keceriaan adik dan gurauan alang. Selain itu saya juga sedih atas beberapa sebab peribadi. 
Namun saya yakin setiap yang berlaku punya hikmah tersendiri. Hidup ini punya hukum karma. Sentiasa saya mengingatkan diri apabila ditindas, percayalah itu hanya sedikit ujian untuk menguji kekuatan.

Apabila ujian diturunkan saya semakin kuat berfikir. Kita boleh memikirkan kesedihan tapi jangan biarkan emosi menguasai diri. Sesedih mana pun kita, kuatkan lah dirimu. Fikir positif tentang kesedihan yang terjadi. Jika kita sentiasa fikir kita sedih, fikirkanlah ada insan yang lebih sedih dari kita. Ingin saya kongsikan kepada para pembaca, jika hari ini kita sedih tidak bermakna esok kita akan sedih. Masih ada sinar harapan untuk hari esok. Mungkin Allah jadikan kesedihan untuk membina kekuatan menggapai kebahagiaan akan datang.

Kepada para pembaca yang turut mengalami perasaan yang sama seperti saya, bersama kita bina kekuatan diri! Usah biarkan diri menjadi lemah tatkala ditimpa ujian. Tambahan lagi, ada segelintir yang menjadi lemah dek kerana perbuatan sesama manusia. Tanamkan dalam diri bahawa manusia itu diciptakan Allah. Hatinya juga dipegang Allah. Apabila sesuatu yang Allah inginkan terjadi maka, Allah akan menggerakkan hati manusia tersebut. Baik atau buruk sesuatu itu berlaku, itu telah ditakdirkan. Juga, punya sebab sesuatu itu terjadi. Tidaklah sesuatu ujian itu diturunkan tanpa sebabnya. Saya berharap dengan sedikit perkongsian ini akan menjadikan diri insan didalam kesedihan ini menjadi kuat. 

Kepada semua para pembaca, selagi dirimu mampu membuat orang sekeliling tersenyum gembira teruskanlah. Menggembirakan seseorang itu beerti memberi kebahagiaan. Dengan sedikit kebahagiaan yang dberi boleh menghapuskan kesedihan. :)

Di sinilah tempat yang sering saya kunjungi untuk menggembirakan hati.
Kunjungan pada waktu malam akan memberikan lagi ketenangan. 


Selalin itu, saya juga mohon doa para pembaca mendoakan yang terbaik untuk saya. Pada bulan ini saya bakal menerima berita suka atau duka tentang kehidupan saya. Semoga Allah memakbulkan doa saya dan kalian. Sekian dahulu untuk entri kali ini. Wassalam.

No comments: