Monday, February 14, 2011

Salam Maulidurasul 1432H. mari mengimbau sejarah baginda..

                                                  

asalamualaikum kepada para pembaca blog yang di hormati. Hari ini merupakan
hari keputraan Nabi Muhammad S.A.W 1432H. Bersempena hari yang mulia ini
cik As nak kongsi bersama sejarah hidup baginda. Walaupun jasadnya sudah tiada
namun sebagai umat Islam wajib untuk kita sentiasa mengingati baginda, ini menunjukkan
bukti cinta kita kepadanya.

Nabi Muhammad S.A.W telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal (20 April 571M)
bersamaan hari Isnin pada tahun gajah. Ibunya bernama Aminah dan bapanya
bernama Abdullah. Sebelum kelahiran baginda, bapanya telah meninggal dunia.
Manakala, ibunya telah meninggal dunia 6 tahun selepas kewafatan ayahandanya.
Hal ini telah menjadikan beliau sebagai anak yatim. Semasa tempoh penyusuannya,
baginda telah diserahkan kepada seseorang yang bernama Halimatus Sa'adiah.

Setelah ibunya meninggal dunia, Nabi Muhammad S.A.W telah di pelihara oleh
datuknya yang bernama Abdul Mutalib. Manakala, setelah datuknya meninggal,
baginda dipelihara pula bapa saudaranya yang bernama Abu Talib.Ketika inilah baginda 
sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar 
Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan 
kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.inilah serba 
sedikit riwayat kanak-kanak nabi Muhammad S.A.W.


Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh 
menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit 
dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan
 cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda
sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan
 kedurjanaan yang kian berleluasa.


                                      Gua Hira, tempat persembunyian Nabi Muhammad S.A.W



Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Jabal AN-Nur mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca.Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta, Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:


"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."


Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran(bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah..
 Semoga kisah perjuangan baginda akan memberi tauladan kepada semua ummat manusia & islam. Akhir kata salam Maulidurasul 1432H.

3 comments:

Sunah Sakura said...

salam asiah..

terima kasih untuk perkongsian yang bermanfaat ni..:)

Salam Maulidur Rasul...

Sollu..Sollu..Sollu..

. said...

nice :) salam maulidur rasul

asiah abd ghaffar said...

Maaf saya baru perasan comment anda semua. Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen di page saya