Thursday, November 18, 2010

sEdia BerAngkaT

Salam jumaat buat kalian semua.
meskipun tiada lagi masa terluang sekarang ini, namun saya akan mencari 
sedikit waktu bersama kamu.. buat kalian yang saya sayangi, kini hati terpanggil
lagi ingin mencurahkan rasa hati. benarlah kata orang  hidup ini umpama roda
kadang di atas kadang di bawah.

x selalu nya indah, kerana dalam keindahan ada keperitan,
dalam keperitan terselit kemanisan. Telah tercatat sejak kita dilahirkan
lagi liku-liku kehidupan yang bakal kita lalui. ini lah masanya aku diuji lagi.
namun, aku sentiasa menadahkan tangan pada maha pencipta agar di beri
kekuatan. aku tidak lemah, lemah dek kerana mainan mental yang seseorang
telah aturkan dalam hidup ku. mungkin dengan cara menyakiti hati 
orang lain dapat memberi kepuasan kepadanya.

tambahan lagi aku akan menghadapi ujian besar pada minggu hadapan.
mungkin gadis tersebut ingin melemahkan mental ku. buat pengetahuan kamu.
ASIAH ABD GHAFFAR tidak akan LEMAH!! KEKUATAN ku akan terus 
mengiringi!

mengapa perlu aku kisah hal nya??? walaupun aku tidak menyukainya
namun jujurnya aku telah memaafkan nya selepas segala hal berlaku.
aku datang sebagai seorang teman namun di balas sebagai berpura-pura teman.

masih aku teringat sedetik kami berhubung, dia menyatakan pengalamannya.
katanya juga tidak akan mengganguku. kini apa sudah jadi wahai teman???
kau khianatiku!!! kini aku teringat kata-kata seseorang.
'lumrah manusia, tidak akan senang dengan apa yang kita ada,
dari apa yang telah dinyatakan dari situ kita boleh mengenali sesorang itu'

jelas!!! kata-kata tersebut mengesahkan bahawa kini aku telah mengenali
sifat & perangai teman itu. aku cukup KECEWA akan sikapmu.
TERIMA KASIH TEMAN.
semoga allah memberi kesedaran buat kamu.


setelah penat & lelah menempuh ranjau, akhirnya hari penentuan
telah pun tiba..rasa seperti sekejap masa berlalu,
adakah mungkin masa itu boleh diundurkan walau sedetik??
oh..tidak...


buku itu perlu disimpan segera! namun isi nya perlu dikekalkan
dalam perisian otak.


tujuan sebenarku mengisi entri ini adalah ingin memohon maaf kepada 
semua yang mengenali diri ini. aku akan berangkat ke medan 
peperangan pada minggu hadapan. peperangan yang akan menentukan
jalan hidupku! YA ALLAH bantu lah hambamu ini. di hadapanmu
aku seorang insan yang kerdil lagi hina. dosa-dosaku melambung tinggi.
hanya padamu tempat aku meminta. YA RABBI kau yang maha pengampun,
maha pengasih lagi penyayang. kurniakan ku secangkir ketabahan &
permudahkan untuk ku menjawab soalan STPM 2010. juga ku mohon padamu
kurniakan ku keputusan yang cemerlang. amin ya rabbal alamin.

buat teman-taman SMK KGV especially, FAFAU,SHIDA,FIT,TEHA,ROSLYN,
KRIX dan lain-lain, juga buat teman EX SMAD KLANA, HANIS. MUT, FATHUR,
ADHA & ARIF bersama-sama kita akan menamat kan zaman persekolahan 
dengan peperiksaan. semoga impian kita untuk ke U tercapai.
GOOD LUCK  buat kalian semua. juga aku mohon kemaafan jika
terdapat kesalahan dalam sedar atau jaga. doa seorang teman buat kalian
adalah kita akan maju jaya bersama. terima kasih yang tidak terhingga
kerana kalian sudi membantu insan kerdil ini.



BUAT PARA PENDIDIK!!!
TERIMA KASIH GURU! hanya ini yang mampu ku ungkapkan.
kepada semuan guru SMK KGV & PN. AIDA (SMAD KLANA)
tunjuk ajar kalian akan daku manfaatkan sebaiknya.
tanpa kalian aku seperti pantai di lambung ombak.
MAAF dipohon yang tak terucap buat pendidik dek kerana kenakalanku & 
teman-teman. I LOVE U ALL!!!!



No comments: