Saturday, October 23, 2010

aku BukAn kAU. Kau BuKan Aku

                                                    

kembali bertemu..seperti biasa aku ingin meniggalkan kesan pada blog ini. di kesempatan masa yang terluang ini aku ingin berkongsi suka & derita.

trial sudah lepas..kini menghitung hari untuk actuall..Apakah aku mampu mengecapi cita-citaku? masih lagi menjadi rahsia sanubari. apa yang ingin aku lakukan & apa bidang yang inginku pilih??? hanya selepas result STPM aku akan memberi keputusan muktamad..apa yang penting sekarang hanya fokus pada study..cuba & terus mencuba..USAHA DOA & TAWAKAL. segala-galanya telah dia tetapkan.

selepas segala masalah yang melanda, aku sentiasa berfikir dan berfikir. aku hanya menelusuri pelayaran ini. mungkin buat sementara sebelum semuanya terjawab. aku juga sering berfikir mengapa di dunia ini punya manusia yang tidak langsung memikirkan hati & perasaan orang lain. wahai manusia sedarkah kamu hampir setiap hari kamu merosakkan tanaman yang subur! mengapa tanaman itu yang kau pilih? tidak cukupkah tanaman lain di ladang yang luas terbentang ini? kau membuatkan aku & dia terluka..hanya kerana kau..
penat kami menjaga tanaman itu. telah kami bajai semua itu dengan baja yang baik kualitinya. namun kehadiran makhluk perosak seperti kau membuat aku ingin menyemburkan racun.

sedarlah wahai kaum hawa yang ku maksudkan. sebelum kehadiran kamu, aku sentiasa tersenyum ceria melihat tanaman ku subur. apakah kau mahu suatu hari nanti ada yang merosakkan tanaman mu??? aku bukanlah seorang pendendam. aku terlalu lemah, hanya yang ku ada cinta ku iaitu ALLAH S.W.T.
padanya tempat aku mengadu, mendoakan agar kau berubah. aku tidak mengerti mengapakah kamu tidak bersikap profesional dalam menangani masalah ini. amat susah untuk memohon kerjasama daripadamu.
mungkin kamu tidak merasakan lagi apa yang ku tanggung selama ini. cuba kamu berfikir apakah bahagia yang kamu terima akan kekal selamanya?

                                                            
hari demi hari, penghuni dunia perlu membuat pilihan. hidup ini sentiasa dikelilingi dengan pilihan. pilihan itu mempunyai kebaikan & keburukan. jika bijak menilai i.allah kita sentiasa berada di jalan yang lurus. duhai pencipta alam aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ku miliki hari ini. sungguh aku mencintaimu, di saat aku kekeliruan kau sentiasa bersamaku, sedihku,suka & duka ku hanya padamu aku mengadu. walaupun mereka sering mengatakan aku tabah, aku kuat, namun ini adalah hasil pergantunganku padamu. benar-benar aku rasakan aku dekat padamu.terima kasih YA ALLAH.


benarkah kata orang, jika semakin lama kita mengenali orang itu maka itu lah sifat sebenarnya? aku agak keliru akan kenyataan itu. apakah perlu di awal perkenalan kita menutup segala pekung di dada? kisah ku ini membuatkan aku ingin menjadi peneroka dunia. melihat apa yang sedang berlaku, Fenomena dunia ini tidak lari dengan kesibukan manusia yang berlumba-lumba mencari identiti diri. terkadang hanya disebabkan sejumlah wang manusia mampu berubah sekelip mata. di sini pasti suda ada hati yang terluka. kadang-kadang kita rasa kita berada di landasan yang betul, namun dalam diam kita juga telah tersalah langkah. sentiasa lah kita bermuhasabah diri. dekatkan diri pada yang esa agar sentiasa diberi petunjuk.

dalam meniti perjalanan ke menara kejayaan sudah pasti terdapat banyak halangan. meskipun kita manusia biasa yang sentiasa melakukan dosa, kita sebagai penghuni bumi perlu sentiasa mengingati apabila sudah tersedar dari kesilapan kita perlu kembali ke pangkal jalan. apabila kita cuba untuk berubah, harus kita bersiap siaga kerna banya halangan yang akan menunggu. Jangan berputus asa adalah kunci kepada kejayaan itu, meski di luar sana orang ramai sibuk berkata-kata. mereka tidak tahu apa yang mereka katakan. cukup dengan pembuktian perubahan yang kita lakukan akan menarik minat, sekali gus merubah prasangka mereka.
motivasikan lah diri sendiri kerana tiada orang lain yang sanggup motivasikan diri kita. mengharap pada orang lain adalah perkara yang amat sukar.bantu lah diri kita jika tidak siapa lagi yang ingin membantu.

telah 19 tahun aku hidup dimuka bumi ini. pelbagai kerenah manusia telah aku kenali. dan sesuatu perkara itu hampir 3/4 kali aku melaluinya.semuanya disebabkan masalah yang sama. kadang-kadang terasa fed up. namun aku tidak boleh berprasangka begitu kerana aku tahu ini lah sebahagian asam garam kehidupan untuk aku belajar menjadi lebih matang. aku juga belajar supaya menjadi diri sendiri kerana aku adalah aku. aku bukan kau.

No comments: