Sunday, September 5, 2010

sYawaL MenJelma



 hari ini bertarikh 6.9.2010, ini bermakna hanya tinggal lagi 4 hari sahaja lagi umat islam akan menamatkan ibdah puasa, maka akan diraikan dengan kemenangan syawal. sedih dan pilu rasa hati kerna ramadhan bakal meninggalkan kita, aku yakin tahun inilah ramadhan paling bermakna buatku. mencintai satu bulan yang banyak memberikan aku pengajaran & kekuatan. belum pernah aku rasakan apa yang ku rasa ini. Ya Allah terima kasih
kerana memberi aku peluang dan pengalaman ini. Didalam kesedihan masih aku berfikir adakah ini akan menjadi ramadhan terakhir bagi ku??? hanya Allah yang maha mengetahui.

Selepas ini tiada lagi kedengaran suara imam yang mengimamkan solat sunat tarawih, tiada lagi keindahan malam seperti malam-malam ramadhan yang ramai penghuni bumi berpusu-pusu ke rumah allah menjalankan tanggungjawab masing-masing. tiada lagi bangun di awal pagi menikmati juadah sahur. tiada lagi persiapan berbuka pada petangnya. sungguh kerinduan itu akan terus melanda buat semua umat islam.

syawal bakal menjelma pada 10.9.10 ini. sudah pasti kami sekeluarga akan pulang ke kampung halaman dalam jangka masa terdekat ini. Kerinduan ku pada saudara-mara,teman sekampunh,keindahan yang dikurniakan allah begitu menggamit hati mengajak pulang. Persiapan raya akan kami lakukan dengan bersederhan agar semuanya tidak membazir dan paling penting untuk memuliakan syawal sebagaiman Rasulullah menikmati hidangan di awal pagi syawal sebagai tanda kemenangan.

rutin harian kami pada pagi raya pertama sudah pasti menunaikan solat sunat aidilfitri, kemudian tempat utama yang kami tuju adalah ke pusara ayahanda, atok & makcik. hati sudah pasti diruntun pilu tatkala menziarahi makam mereka. Jika 3 tahun yang lalu kami sering menyambut aidilfitri bersama ayah, namun kini semuanya sudah lama menjadi memori. memori yang akan tersemat di dalam sanubari. masih terdengar suara ayah melaung memanggil kami kerana takut akan lewat ke masjid. pelbagai reaksi yang dapat kami lihat apabila mendegar suara garau milik ayah. kerna apa? kerna ayah seorang yang tegas namun di dalam ketegesan nya terselit naluri kasih sayang seorang ayah.

cukup sudah untuk aku menitipkan memori lama itu kerna bimbang air mata berguguran. aku juga berdoa agar allah akan pertemukan aku dan ayah di dalam mimpi sebelum syawal ini untuk mengubati rindu yang kian meningkat.di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin.semoga di hari kemenangan nanti segala nya akan berjalan dengan lancar..

No comments: