Saturday, September 4, 2010

STPM itu BAGUS



                      

Kita sering sahaja mendengar pelbagai respon yang diberikan oleh pelbagai pihak berkenaan sijil tinggi pelajaran Malaysia (STPM). Hal ini sedikit sebanyak memberi impak yang negatif kepada calon untuk memilih. Ada yang mengatakan bahawa tingkatan 6 ini hanya untuk pelajar yang tidak layak ke mana-mana.
Namun jika kita berbalik kepada pemilihan tingkatan 6, adakah semua pelajar ditawarkan ke tingkatan 6?
bersama kita fikir dan renung-renungkan. Hari ini saya ingin membawa kalian untuk memberi informasi berkenaan tingkatan 6. Lihat sahajalah perbandingan yang dinyatakan. kemudian cuba anda fikirkan sebentar yang manakah yang terbaik???





PERBANDINGAN ANTARA TINGKATAN ENAM DENGAN MATRIKULASI

TINGKATAN ENAM   
Tempoh pengajian 3 semester   
Aliran sains dan kemanusiaan   
Sijil diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA & luar negara
Kos rendah berbanding matrikulasi/diploma
Sijil diiktiraf JPA untuk mendapat pekerjaan
Setaraf A level
Pengantar Bahasa Melayu
Pusat di sekolah seluruh negara

MATRIKULASI
Tempoh pengajian 3 semester
Aliran sains hayat, fizikal & perakaunan
Sijil diiktiraf oleh universiti berkenaan sahaja ( Dalam kes khas, diiktiraf universiti awam lain & berbanding beberapa negara luar )
Kos lebih tinggi 
Tidak diiktiraf oleh JPA
Kurikulum berpandukan STPM
Pengantar Bahasa Melayu 
Di kampus universiti atau pusat khas (kolej/sekolah)




Kelebihan calon STPM


Sebelum ini, malaysiakini melaporkan bahawa beberapa pihak, termasuk Pengetua Kolej Era, Dr Kua Kia Soong, mendakwa sistem baru ini memberi kelebihan kepada pelajar bumiputera yang mengikuti kursus Matrikulasi, dan menjejaskan peluang lulusan STPM untuk memasuki IPTA.
Sehubungan itu, Dr Hassan berkata proses penyamatarafan itu, sebenarnya memberikan kelebihan kepada calon STPM kerana mereka memperolehi nilai yang lebih tinggi bagi gred yang lebih rendah, berbanding dengan calon Matrikulasi.
“Sepatutnya, calon-calon Matrikulasi yang mesti membantah terhadap perbandingan yang dibuat dengan STPM, bukan sebaliknya,” kata beliau.
“Bagaimanapun, apa yang dilakukan adalah selaras dengan apa yang biasa dilaksanakan di peringkat antarabangsa apabila dua sistem akademik yang berlainan terpaksa disatukan untuk tujuan perbandingan,” kata Dr Hassan.
Menurutnya, sistem merit tidak menjamin pencapaian minima CGPA 2.00 untuk seseorang pelajar mendapat tempat ke universiti.
“Sebagai contoh, untuk melayakkan diri mengikuti jurusan perubatan, seseorang pelajar mesti mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.79 berikutan saingan yang amat sengit,” katanya lagi.
Ditanya mengenai peratusan pelajar yang mendapat tempat melalui program Matrikulasi berbanding program STPM, Dr Hassan berkata, setakat ini statistik tersebut belum boleh dikeluarkan kerana keadaan masih belum “stabil” berikutan adanya kes-kes rayuan.
Dr Hassan menambah, statistik itu akan hanya dikeluarkan sebaik saja kes-kes rayuan sudah diselesaikan.
Katanya, pelaksanaan sistem ini buat julung kalinya menyaksikan keseimbangan kaum di dalam semua jurusan, termasuk perubatan dan kejuruteraan, kecuali farmasi, di mana kekurangan pelajar bumiputra agak ketara.
“Oleh itu, tidak timbul soal ketidak-telusan di sini. Apa yang kami mahukan adalah persaingan sihat demi memilih pelajar terbaik mengikut prosedur sedia ada di dalam sistem yang telah dipersetujui bersama,” ujar beliau.

artikel ini saya petik dari web malaysiakini..

No comments: