Friday, September 3, 2010

KeSEdiHan

.

hari ini adalah hari Jumaat bersamaan 3.9.2010.. tarikh ini membawa tanda bahawa berakhirnye sesi persekolahan sebelum cuti berhari raya.. aku ke sekolah seperti biasa. malangnya tidak ramai yang hadir
terasa agak bosan kerana teman rapat tidak hadir, namun aku masih punya kawan yang lain. Pagi ini di mulakan dengan bacaan yasin di dewan sekolah, dan berlangsung lah majlis khatam al-quran, seterusnya majlis persaraan salah seorang guru. agak banyak program yang telah diautrkan oleh pihak sekolah, kami sebagai pelajar hanya menyertai aktiviti yang dijalankan..

dalam kemeriahan para pelajar ingin bercuti, aku seperti mempunyai suatu perasaan..
perasaan itu hadir tatkala lagu raya berkumandang di seluruh pelosok sekolah.
teman-teman mula menunjukkan reaksi yang menggembirakan, namun aku tidak seperti mereka..
aku teringat kepada seseorang yang amat ku rindu, amat aku rindukan sentuhannya, belaiannya dan suaranya
yang pasti membuatkan aku cukup berasa kehilangan..

ya!! ayah lah orangnya. dalam hati ini aku meraung, meraung mengingatimu. walaupun kadang-kadang
air mata mula mengalir tapi aku pasti akan menahan selagi yang boleh.. ayah, apalah ertinya beraya 
tanpa kehadiranmu, masih segar di ingatan sewaktu kehidupanmu , persiapan raya amat rapi kau aturkan.
pasti pelbagai hidangan raya yang akan kau sediakan sebagai tanda memuliakan tetamu, x lupa juga kau sering membawa kami bertemu sanak-saudara yang jauh ataupun dekat. ayah betapa mulianya pekertimu,
amat kosong ku rasakan melihat mereka bergembira. 

teman, jika kau tahu dalam hatiku,  aku amat sedih melihat kamu girang menyambut hari raya.
tidak aku menyalahkanmu bergembira, namun kesalahan itu terletak dibahuku kerana amat payah menerima pemergian orang tercinta di dalam hidup ini. walaupun terkadang kau melihat aku tersenyum menerima bantuan raya daripada pelbagai pihak, aku yakin dihatimu mengatakan aku tidak layak untuk mendapat bantuan itu. percayalah sahabatku, sumbangan itu tidak lah besar nilai nya jika ingin dibandingkan dengan kasih sayang seorang insan bernama ayah.. andai aku diberi pilihan untuk memiliha sumbangan itu ataupun kehidupan bersama ayahanda tercint, sudah pasti kehidupan itu yang akan ku pilih..

sahabat, maafkan kesalahan ku, berilah aku kekuatan menghadapi dugaan yang diturunkan allah.
benar, aku mencintai ayahku hingga ke akhir hayatku, dia lah insan tercinta.buat kalian yang masih mempunyai
ayah & ibu hargailah mereka selagi hayat mereka di bumi allah ini. saat pemergian mereka pasti akan kau rasa kesunyian yang sedang aku rasakan.. namun aku bersyukur ke hadrat illahi msih mempunyai bonda, & ibu bapa saudaraku yang ku anggap seperti ibu bapa kandung ku..

akhir kata, sambut lah salam sayang buat kalian. SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.

No comments: