Bukan niat dihati untuk tidak lagi meneruskan pengembaraanku di blog ini. Cuma saya kekurangan masa. Ya, masa yang ada saya cuba untuk manfaatkan sehabis baik.. :)
Sedar atau tidak sudah hampir setahun aku bergelar seorang pekerja. Bekerja di Pearl Haya Gallery, memang banyak cabaran dan pengalaman. Namun, aku tetap gembira berada disana. Ramai staff yang awal ku kenal seorang anak dara, kini sudah bergelar isteri orang. Tahniah buat mereka, namun hati terasa sayu apabila mereka sudah meningglakan kami. Ya, masing2 sudah bersuami. Pasti mereka mengikut ke mana sahaja langkah si suami. Namun aku berharap mereka tidak akan pernah melupakan kami. Yang teristimewa Ika & k.amoy.. :)
Hari demi hari, waktu terus berputar... Aku banyak mengikuti 'event-event' penting PH. Event pertama yang pernah aku ikuti, MADNESS, diikuti Expo Barangan Malaysia, MAHA N9 dan yang terbaru Halal Fest..
Sungguh aku terpaku mengikuti event tersebut. Keseronokan yang aku alami membuatkan aku berasa senang untuk melakukan setiap pekerjaanku. :) Akan kukumpul semua ini menjadi memori....
Semenjak bekerja di PH sudah beberapa kali aku berjumpa dengan Ana Raffali. Siapa yang tidak kenal akan Ana Raffali? Juara Anugerah Lagu beberapa tahun lalu.. Selama ini aku hanya mengenali beliau melalui media sahaja. Sikapnya yang peramah membuatkan setiap orang yang menemuinya akan berasa sangat terpana kegembiraan. Beliau merupakan seorang yang peramah, senyuman dibibirnya tidak pernah putus, Tidak salah kiranya jika saya katakan Ana Raffali adalah orang yang pantas menjadi duta Pearl Haya. :)
Jika para pembaca ingin menemuinya jangan lupa ya ikuti ke mana sahaja PH berada.
...................................
Bulan 5 yang lalu, abangku & kakak iparku selamat menerima seorang bayi lelaki yang comel. Bayi tersebut merupakan cucu lelaki kedua ibu dan ayahku. Muhammad Al-Ameen nama diberi, semoga keperibadiannya yang mulia akan terus menyinari hari-hari bakal anak soleh itu. Sungguh aku teruja, aku memang sukakan kanak2. Kanak-kanak yang suci umpama kain putih boleh menyejukkan hati setiap insan. Menurut uda, iaitu abangku. Beliau dan Ameen akan menetap di rumah kami di Seremban. Hal ini disebabkan kakak ipar ku masih belum mendapat pindah dari Sabah. Aku menyambut berita ini dengan tangan terbuka, Ameen bakal bersama kami. Namun, jauh disudut kecil hati ni, aku kasihankan k.su. Ya, semoga Allah permudahkan urusan pindah k.su ke Semenanjung.
Hari-hari ku dipenuhi dengan keletah si kecil. Kini Ameen sudah 5 bulan lebih. Si kecil ini juga sudah kenal orang. Gelagatnya yang comel membuatkan kami sekeluarga berasa sangat gembira. Setiap malam Ameen tidur bersama ku. Setiap malam juga beliau akan jaga pada pukul 2 dan 5 pagi meminta susu.. Si kecil ini anak yang baik, walaupun ibunya berjauhan namun Ameen tidak pernah melupakannya. K.su sering balik 2 minggu sekali untuk bertemu permata hati kesayangannya. Sungguh kuat ibumu Ameen, menahan saratnya rindu padamu. InsyaAllah bersama kita doakan mama Ameen cepat dapat pindah ya.
Rasanya cukup setakat ini coretanku. InsyaAllah, jika punya masa dan kelapangan pasti aku akan meneruskan pengembaraan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca sinar malam, yang tidak jemu bertanyakan entri baru dan yang setia mengikuti jelajah teratak ini. Salam bertemu lagi... Ku tinggalkan bersama beberapa keping gambar untuk tatapan kalian. lagu baru ini juga ku update buat semua..:)
MADNESS.
si pengacara..
Roses theme
Expo Barangan Malaysia, Jun 2012
Halal Fest, Oct 2012
Jika para pembaca ingin menemuinya jangan lupa ya ikuti ke mana sahaja PH berada.
memori Expo barangan malaysia Jun 2012, PWTC
thanx to sis Ana
Bertemu kembali di Halal Fest
again ya sis ana..
...................................
Bulan 5 yang lalu, abangku & kakak iparku selamat menerima seorang bayi lelaki yang comel. Bayi tersebut merupakan cucu lelaki kedua ibu dan ayahku. Muhammad Al-Ameen nama diberi, semoga keperibadiannya yang mulia akan terus menyinari hari-hari bakal anak soleh itu. Sungguh aku teruja, aku memang sukakan kanak2. Kanak-kanak yang suci umpama kain putih boleh menyejukkan hati setiap insan. Menurut uda, iaitu abangku. Beliau dan Ameen akan menetap di rumah kami di Seremban. Hal ini disebabkan kakak ipar ku masih belum mendapat pindah dari Sabah. Aku menyambut berita ini dengan tangan terbuka, Ameen bakal bersama kami. Namun, jauh disudut kecil hati ni, aku kasihankan k.su. Ya, semoga Allah permudahkan urusan pindah k.su ke Semenanjung.
Hari-hari ku dipenuhi dengan keletah si kecil. Kini Ameen sudah 5 bulan lebih. Si kecil ini juga sudah kenal orang. Gelagatnya yang comel membuatkan kami sekeluarga berasa sangat gembira. Setiap malam Ameen tidur bersama ku. Setiap malam juga beliau akan jaga pada pukul 2 dan 5 pagi meminta susu.. Si kecil ini anak yang baik, walaupun ibunya berjauhan namun Ameen tidak pernah melupakannya. K.su sering balik 2 minggu sekali untuk bertemu permata hati kesayangannya. Sungguh kuat ibumu Ameen, menahan saratnya rindu padamu. InsyaAllah bersama kita doakan mama Ameen cepat dapat pindah ya.
Rasanya cukup setakat ini coretanku. InsyaAllah, jika punya masa dan kelapangan pasti aku akan meneruskan pengembaraan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca sinar malam, yang tidak jemu bertanyakan entri baru dan yang setia mengikuti jelajah teratak ini. Salam bertemu lagi... Ku tinggalkan bersama beberapa keping gambar untuk tatapan kalian. lagu baru ini juga ku update buat semua..:)
si kecil yang baru melihat dunia
3 bulan dah si kecil. semakin bam..bam
bersama wan tersayang. kini Ameen sudah 4 bulan..
Yey.. Saya dah 5 bulan..
Saya sihat & kuat. :)